`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, February 18, 2014

AKHIRNYA TUN MAHATHIR MENGAKU DIA BERTANGGUNG JAWAB KEATAS OPS LALANG 1987.


Akhirnya setelah digasak segala penjuru, Tun Mahathir akui bahawa beliau bertanggung jawab keatas Ops Lalang 1987 dimana sebelum ini pada tahun 2011 tuduh PDRM bertanggung sepenuhnya dan beliau hanya menurunkan tanda tangan saja .. baru-baru ini pula kata DSAI bertanggung jawab.

Dia kata dia sudah tua .. berumur 89 tahun ... mudah lupa dan buat kesilapan.

Omak Kau percaya jika tidak kerana adanya alam siber sudah pasti sampai bila-bila pun dia tidak akan mengaku dia bertanggung jawab.

Kini di internet habis semua dibongkar dan di selongkar sampai terburai betapa beliaulah sebenarnya yang bertanggung jawab sebagai Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri dan Najib Razak ketika itu Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Bukankah senang jika awal-awal lagi mengaku bertanggung jawab dan tidak melemparkan tanggung jawab itu kepada pihak-pihak lain mengikut keadaan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.