`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, February 7, 2014

Borang Kaji Selidik Tanya Murid Sekolah Pasal Seks Dan Lucah Tersebar..

Kepala hotak Soz Cyili

Ya Tuhan.

Bayangkan anak ko darjah 4. Then cikgu bagi borang. Dalam borang tue dia suruh anak2 ko menjawab pernah tak ;

1. Tengok bahan lucah? Majalah, video dan sebagainya?

2. Pernah tak melancap? Masturbasi?

3. Pernah tak ada keinginan seks ? Terhadap kaum apa? Jantina apa?

4. Pernah tak datang haid? Perut membesar? Pernah gugurkan kandungan?

Seriously.

Soalan2 neh juga menakutkan bagi pelajar2 di sekolah tingkatan. Then ko bagi pula pada murid2 sekolah rendah tahun 4 untuk dorang jawab? Aku tak fikir murid2 tahun 4 generally tahu apa itu masturbasi or melancap. Apatah lagi bab keinginan seks. Mungkin nak detect samada mereka2 ini straight or gay or whatsoever tetapi bukankah kaji selidik macam neh tak patut dibuat secara umum dan terbuka? Lainla kalau ko sasarkan pada murid2 bermasalah. 

Gila betul.

Lihat contoh soalan seperti yang diedarkan oleh SH  ;


Berlaku di N9. 

Ia diedarkan di beberapa sekolah di N9. 

Dan ;

“Ibu bapa itu sendiri kata kepada saya, mereka serba salah apabila anak-anak yang masih kecil ini balik bertanya kepada mereka soalan-soalan yang mereka sendiri tak boleh nak jawab. Pada saya, perkara seperti ini boleh dedahkan anak-anak kepada perkara yang mereka tak sepatutnya tahu lagi pada peringkat usia itu," katanya.

Sehubungan itu, Arul Kumar minta Jabatan Pendidikan negeri mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan insiden sama tidak berulang.

“Kita harap Jabatan Pendidikan negeri memandang serius perkara ini kerana mengikut maklumat diterima, dipercayai kaji selidik berkenaan bukan saja diedarkan di sekolah terbabit, malah di semua jenis sekolah rendah di negeri ini sejak tahun lalu.

“Bagaimanapun, kita terpaksa menanti sehingga hari ini (semalam) untuk bertindak selepas mendapat bukti mencukupi,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Pendidikan negeri, Datuk Kalsom Khalid ketika dihubungi Sinar Harian berkata, siasatan awal pihaknya mendapati, kaji selidik berkenaan dibuat klinik kesihatan berdekatan tanpa pengetahuan dan kebenaran Jabatan Pendidikan negeri.

"Setakat ini, kita tak pasti berapa banyak yang sudah diedarkan dan sekolah mana terlibat.

"Buat permulaan kita minta pengurusan sekolah yang menerima borang kaji selidik ini supaya menghentikan pengedarannya," katanya. -SH-

Apa la punya bangang si klinik kesihatan yang buat soalan kaji selidik macam neh. Soalan tue mungkin betul tapi sasaran dorang salah. Sepatutnya hanya edarkan pada murid2 yang dilihat bermasalah (mungkin ada ganguan seksual). Tak dapat dinafikan ada budak2 seawal darjah 4 mempunyai masalah seperti itu disebabkan dah tertonton bahan lucah (ikut kawan2 yang lebih dewasa agaknya).

Generally, budak2 tahun 4 memang tak tahu benda2 begini. 

Kalau ko edarkan pada pelajar2 sekolah tingkatan pun belum tentu dorang tahu tetapi boleh juga suruh dorang jawab, cuma macam aku sebutkan tadi, baik sasarkan pada mereka2 yang diperlihatkan ada masalah. Agak tak berapa sesuai ko nak edarkan secara terbuka. Takan la pelajar2 sekolah tingkatan nak mengaku kalau dorang pernah melancap dan sebagainya. Gila la tue. Dorang pun reti cover. 

Sebaikny2 pupuk la kesedaran agar dorang lebih memahami apa itu seks bebas atau seks luar tabie, dan dalam waktu yang sama, cari jalan macam mana nak serapkan Islam dalam jiwa anak2 muda kita. Tak dapat dinafikan, budak2 sekarang kecik2 pun dah ada yang tahu pasal seks la, cium la, siap upload di twitter bagai.. tapi majoritinya masih bersih dari budaya kotor itu. Sementara masih sempat, mari kita cari jalan untuk bendung perkara ini..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.