`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, February 21, 2014

Jasa Terkini Rosmah - Sumbang Air Mineral Kepada Rakyat



Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor hari ini menyampaikan sumbangan air minuman kepada 2,600 penduduk Taman Alam Damai dan Taman Desa Baiduri, Cheras, yang merupakan antara kawasan terjejas bekalan air.
    
Sumbangan itu dibekalkan tiga syarikat korporat iaitu Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) dengan tajaan 3,000 botol air minuman, Malaysian Resources Corporation Berhad (2,500 botol) dan Giant Retail Malaysia Sdn Bhd (1,000 botol), dengan setiap satu 5.5 liter.
    
Proses pengagihan turut disertai 200 anggota Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) dari sekolah berhampiran, Umno Bahagian Serdang, Umno Bahagian Bandar Tun Razak serta Persatuan Penduduk Taman Desa Baiduri Awam.
    
Di majlis itu, Rosmah yang juga yang dipertua PPPM turut melawat kediaman beberapa penduduk di kawasan itu dan berharap sumbangan berkenaan sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban yang dihadapi.
    
Turut hadir Timbalan Yang Dipertua PPPM Raja Puan Muda Perak Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah, Ketua Umno Bandar Tun Razak Datuk Rizalman Mokhtar dan Ketua Umno Serdang Datuk Mohd Fathil Daud.

- Bernama

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.