SPR lewatkan PRK Kajang...
Dalam langkah yang dianggap sedikit luar biasa, SPR akhirnya mengumumkan tarikh pembuangan undi bagi pilihanraya kecil DUN Kajang ialah pada 23 Mac depan, manakala tarikh penamaan calon pula pada 11 Mac.
Luar biasanya tarikh yang diumumkan ini ialah kerana SPR dimaklumkan secara rasmi mengenai kekosongan kerusi DUN Kajang pada 27 Januari dan hampir dua bulan dari tarikh itu iaitu 23 Mac, baru ditetapkan sebagai hari pengundian.
Meskipun perkara ini dibenarkan iaitu SPR mesti menetapkan tarikh pilihanraya dalam tempoh 60 hari daripada tarikh dimaklumkan mengenai kekosongan kerusi DUN Kajang oleh Speaker Selangor, namun menetapkan tarikh sehingga ke penghujung tempoh tidak pernah berlaku sebelum ini.
Biasanya SPR akan menetapkan tarikh sesebuah pilihanraya hanya beberapa minggu selepas mereka dimaklumkan mengenai kekosongan sesebuah kerusi itu.
Dalam pilihanraya kecil terakhir iaitu di Kuala Besut berikutan kematian ADUNnya, Dr Abdul Rahman Mokhtar pada 26 Jun 2013, SPR yang membuat pengumuman mengenai tarikh pilihanraya kecil tersebut pada 5 Julai, telah menetapkan tarikh penamaan calon pada 12 Julai dan pengundian pada 24 Julai.
Jarak masa daripada tarikh pengumuman dibuat dengan tarikh penamaan calonnya seminggu sahaja.
Begitu juga dalam pilihanraya umum ke 13 lalu di mana selepas saja Parlimen dibubarkan pada 3 April oleh Perdana Menteri, Najib Razak, beberapa hari selepas itu SPR telah menetapkan tarikh penamaan calon ialah pada 20 April manakala hari pengundian pula pada 5 Mei.
Jarak masa daripada Parlimen dibubarkan dengan tarikh penamaan calon hanyalah 17 hari sahaja.
Namun dalam pilihanraya kecil Kajang di mana SPR dimaklumkan secara rasmi mengenai kekosongan kerusi tersebut ialah pada 27 Januari, tetapi mereka menetapkan tarikh penamaan calon pada 11 Mac manakala pembuangan undi pada 23 Mac.
Ini bermakna jarak masa daripada tarikh kekosongan kerusi DUN Kajang dengan tarikh penamaan calon ialah selama 44 hari manakala jarak masa sehingga hari pengundian pula ialah 56 hari.
Terlihat ada ada sedikit keanehan di sini. Tetapi jawapan Pengerusi SPR, Abdul Aziz Yusof ialah, "SPR tidak menjangka langsung akan ada pilihanraya kecil ini. Buat masa ini kita menumpukan perhatian kepada urusan lain dibawah tanggungjawab SPR. Tetapi apabila pengumuman yang tidak disangka-sangka ini berlaku iaitu ada wakil rakyat neletakkan jawatan, kita kena ubah gear...ubah semua sekali untuk membuat persediaan," jelasnya.
Selain itu, tambahnya, SPR juga perlu menyediakan daftar pemilih yang lengkap, seberapa bersih yang mungkin, tempat mengundi, tempat penamaan calon, tempat pengiraan undi dan semua ini mesti dipersetujui pemilik bangunan.
Dalam masa yang sama, ujar beliau, SPR juga perlu menguruskan mengenai dakwat kekal yang turut memakan masa dan juga latihan untuk mengelakkan berlakunya kesilapan dalam mengisi borang dan sebagainya.
Ok, logik ke jawapan SPR itu atau ia satu lagi lawak jenaka dalam negara?
Penamaan calon bagi pilihanraya umum di seluruh negara yang memerlukan SPR membuat lebih persediaan dan latihan, boleh diadakan 17 hari selepas Parlimen dibubarkan tetapi hanya untuk satu DUN Kajang, SPR memerlukan 44 hari membuat persiapan.
Pelbagai spekulasi dan cakap-cakap kedengaran mengenai tindakan SPR menetapkan tarikh pilihanraya kecil DUN Kajang yang begitu lewat daripada kebiasaannya.
Antaranya ia dikaitkan dengan kes rayuan kes liwat Anwar di Mahkamah Rayuan yang akan didengar pada 11 Februari ini.
Wujud andaian bahawa kes tersebut akan digunakan sebagai bahan kempen pilihanraya dah ini merupakan kaitan yang tidak boleh diketepikan. Tambahan pula Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan sudah pun mengesahkannya.
Spekulasi lain ialah mengenai pemberian BR1M yang akan bermula pada pertengahan Februari ini dan tempoh pembayaran dijangka selesai dalam masa sebulan.
BN dikatakan memerlukan BR1M sebagai salah satu bahan kempen utamanya di Kajang dan bagi menunjukkan kepada pengundi pemberian itu merupakan salah satu usaha kerajaan menangani kos sara hidup rakyat yang sedang meningkat.
Alasan lain mengapa pilihanraya kecil ini dilewatkan ialah untuk meletihkan Anwar dan jentera Pakatan Rakyat.
Memandangkan mereka sudah mula turun padang mengadakan majlis penerangan, kempen dan program turun padang menemui pengundi sebaik saja DUN Kajang diisytiharkan kosong dan Anwar diumumkan sebagai calonnya, semua itu terpaksa diteruskan sehingga ke hari pengundian.
Ini bermakna untuk pilihanraya kecil Kajang ini, Anwar dan jentera Pakatan terpaksa meneruskan kempen dan bakal berkempen hampir dua bulan lamanya. Ini berbeza dengan UMNO dan BN yang belum pun menggerakkan jenteranya lagi.
Meskipun BN tiada harapan untuk menang, tetapi dengan melewatkan tarikh pilihanraya boleh membuatkan ramai orang keletihan, jemu, bosan dan mungkin sesetengahnya pula akan menyalahkan Anwar dan Pakatan kerana sengaja membenarkan ADUNnya meletak jawatan serta menimbulkan kesusahan dengan adanya pilihanraya kecil ini.
Strategi ini bersama bantuan BR1M dan keputusan Mahkamah Rayuan sekurang-kurangnya diharapkan melemahkan Anwar dan menjadikan undi diperolehinya turut menurun.
Memandangkan mencapai kemenangan nampak mustahil, mengurangkan undi adalah pilihan yang dianggap terbaik bagi BN berbanding tidak meletakkan calon yang mungkin ditafsirkan sudah mengaku kalah sebelum berjuang.- SH
The long wait for Kajang polls...
The Election Commission’s choice of March 23 for polling in Kajang is uncommon in that the date is just five days short of the legal deadline.
The law requires a by-election within 60 days of a seat being vacated. In Kajang’s case, the seat will be vacant for 55 days.
The practice has been to have by-elections at the earliest date possible. For example, the Kuala Besut by-election was held 28 days after assemblyman Abdul Rahman Mokhtar died and the Sungai Limau polls 39 days after Azizan Abdul Razak died.
Political analyst James Chin of Monash University said the delay would give people more time to voice their dissatisfaction with PKR’s choice of Anwar Ibrahim as its candidate.
“More and more complaints will be made against Anwar,” he told FMT.
Asked to comment on speculation that the delay may have something to do with the Court of Appeal’s proceedings in the sodomy case against Anwar, Chin said BN was doing a “stupid thing” if it had influenced the Election Commission into delaying the polls for this reason.
“It will backfire,” he said.
“If Anwar is found guilty, PKR will put a replacement candidate, and that candidate will win by a landslide as there would be massive sympathy for PKR.”
The government has appealed against last year’s High Court acquittal of Anwar and the Appeal Court is set to hear the case on Feb 12 and 13.
Chin also said the by-election was a “complete waste of time” and BN “should simply give Anwar a walkover.”
But another analyst, Khoo Kay Peng, said BN had the democratic right to choose whether to field a candidate or not.
“However, even if BN does not field a candidate, I am sure other candidates will contest in the by-election,” he said.
He agreed with Chin that there is no significant connection between the sodomy case and the fate of the by-election. If the Appeal Court were to find him guilty, he said, Anwar would have to face the music whenever the by-election would be held.
However, he acknowledged that if PKR were forced to replace Anwar as its candidate, it would be frustrated in its alleged purpose for forcing the by-election—to depend on his political savvy to resolve the dispute between Menteri Besar Abdul Khalid Ibrahim and PKR deputy president Azmin Ali.- fmt
Anwar mocks EC for by-election ‘delay’...
Durian runtuh sebanyak RM400 juta kepada syarikat kroni UMNO sebagai pampasan penundaan kenaikan tol pada tahun 2014.
Tapi jangan lupa insuran kenderaan naik 15%...
Tiap-tiap malam bulan muncul...depa dok meroyan bila nak bersatu dengan Pas...
Pooooooorah...
cheers.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.