`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, February 20, 2014

MP: Mengekalkan harga beras hanya untungkan Syed Mokhtar

 
Kerajaan perlu menurunkan harga beras selaras dengan arus pasaran dunia bagi mengelakkan individu persendirian mengaut keuntungan  besar.

Ahli Parlimen Alor Setar, Gooi Hsiao Leung berkata demikian ketika mengulas jangkaan harga beras dunia akan merudum apabila Thailand menamatkan skim subsidi pada akhir bulan ini, mengakibatkan lambakan bekalan di pasaran.

Pada hari Selasa Reuters melaporkan bahawa kerajaan sementara Thailand menghentikan subsidi tersebut, satu langkah yang akan memaksa petaninya
menjual bekalan mereka di pasaran terbuka pada harga 47 peratus lebih rendah berbanding dengan sebelum ini.

"Jika harga beras untuk rakyat Malaysia kekal tidak berubah pada tahap lama, Padiberas Nasional Bhd (Bernas) akan mengaut keuntungan besar, dengan individu tunggal (Tan Sri) Syed Mohktar Al-Bhukhary mendapat keuntungan terbesar," kata Gooi dalam satu kenyataan hari ini.
"Memandangkan keadaan pasaran antarabangsa ini, maka harga beras di Malaysia sepatutnya lebih rendah, dan kerajaan patut memastikan demikian bagi membantu meringankan beban rakyat disebabkan oleh kos sara hidup yang meningkat," katanya.

Syed Mokhtar (kanan) memegang 83.7 peratus saham Bernas, manakala pemegang saham minoriti syarikat itu menentang usaha untuk menswastakan sepenuhnya kepadanya.

Menurut The Star, 155 pemegang saham (mewakili 70.45 peratus undian) mengundi menentang penswastaan di EGM Bernas pada 28 Januari.

Gooi juga memetik hujah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang November lalu mengecam penyahsenaraian dan usaha untuk menswastakan ​​Bernas sebagai tidak masuk akal kerana ianya stabil dan mengaut keuntungan.

Anwar dilaporkan berkata keadaan bekalan serantau dijangka meningkatkan keuntungan Bernas sehingga 40 peratus kepada RM165 juta dan berhujah "bagaimanakah seorang individu diberi monopoli terhadap beras seperti ini?".

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.