`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, February 22, 2014

Pasai apa Sultan Johor dan bakal 'sultan' Sarawak tak tersenarai?


Mungkin ramai yang heran pasai apa para sultan yang kaya macam Sultan Johor yang baru ni jual tanah beratus juta kat Syarikat dari China tak termasuk dalam senarai 20 orang terkaya di Malaysia ni, takkan kereta depa kata ada segudang harta tak bernilai berbillion.

Sinarharian melaporkan:
Robert Kuok, hartawan Malaysia yang berpangkalan di Hong Kong, kekal lelaki paling kaya di Malaysia dengan kekayaan RM54.48 bilion berbanding RM46.1 bilion tahun lepas, diikuti ahli perniagaan T. Ananda Krishnan dan tokoh perbankan Public Bank Tan Sri Teh Hong Piow.

Ananda, mengekalkan posisi kedua sejak 2004 dengan aset yang dimilikinya menerusi Usaha Tegas Sdn Bhd bernilai RM33.19 bilion, peningkatan sebanyak 0.88 peratus daripada RM32.90 bilion tahun lepas.

Hong Piow, kekal di tempat ketiga sejak tiga tahun lepas, dengan aset bernilai RM18.07 bilion, lapor Malaysian Business, majalah Perniagaan utama dalam terbitan 16 Februari. - Sinarharian.
Sinarharian juga mnerbitkan senarai 20 orang tu:

SENARAI 20 INDIVIDU TERKAYA MALAYSIA 2013
#Nama(JUTA RM)Syarikat
1.Robert Kuok Hock Nien54,480.00  Kerry Group/Kuok Group
2.T Ananda Krishnan33,193.88  Usaha Tegas
3.Tan Sri Teh Hong Piow18,066.20  Public Bank
4.Tan Sri Quek Leng Chan14,110.81  Hong Leong Group
5.Tan Sri Lee Shin Cheng13,115.37  IOI Group
6.Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary11,070.00  Al-Bukhary Foundation
7.Tan Sri Lim Kok Thay9,434.18  Genting Group
8.Puan Sri Lee Kim Hua7,467.00  Genting Group
9.Datuk Mokhzani Mahathir4,222.26  SapuraKencana Petroluem
10.Tan Sri Azman Hashim4,108.45  Arab-Malaysian Corp
11.Tan Sri Tiong Hiew King3,790.00  Rimbunan Hijau
12.Ong Beng Sheng3,530.00  Hotel Properties Ltd
13.Tan Sri Yeoh Tiong Lay3,220.83  YTL Group
14.Tan Sri Lau Cho Kun3,120.67  Hap Seng Consolidated
15.Tan Sri Shahril Shamsuddin2,506.03  Sapura Group
16.Datuk Shahriman Shamsuddin2,468.65  Sapura Group
17.Tan Sri Jeffrey Cheah Fook Ling2,153.15  Sunway Group
18.Datuk Lee Yeow Chor2,033.81  IOI Group
19.Lee Yeow Seng2,006.13  IOI Group
20.Tan Sri Vincent Tan1,924.12  Berjaya Group
- Bernama - Ibid. 

Mungkin ramai yang heran pasai apa para sultan yang kaya macam Sultan Johor yang baru ni jual tanah beratus juta kat Syarikat dari China tak termasuk dalam senarai ni, takkan kereta depa kata ada segudang harta tak bernilai berbillion. Tambah-tambah bakal 'sultan' Sarawak yang katanya harta bernilai berpuluh billion pun tak tersenarai.

Sinarharian juga melaporkan:
Seperti tahun-tahun sebelumnya, kekayaan 40 Teratas dinilai berdasarkan nilai pegangan mereka dalam syarikat tersenarai pada 18 Januari 2014. - Ibid.
Pasai tu la kut depa-depa tu tak tersenarai. Kalau pun depa pegang saham nilai berbillion dalam mana-mana  syarikat mungkin depa tak guna nama depa sendiri tapi guna nama proksi.

Sama jugak macam Dr. Mahathir, aku yakin harta dia pun berbillion tapi nama dia pun tak tersenarai jugak pasai harta dia bukan dalam bentuk saham yang ada nama dia.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.