`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, February 12, 2014

Pengacara TV3 tegur perbuatan sumpah dengan Al-Quran

RAMAI pihak yang mempertikai tindakan Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said mengarahkan pasukan bola sepak Terengganu, T-Team bersumpah dengan Al-Quran depan beliau kelmarin rujuk sini ~ T-Team Bersumpah

Tindakan bersumpah kononnya untuk membuktikan kebenaran berhubung insiden pergaduhan antara pasukan T-Team dan JDT tempoh hari itu dilihat mengelirukan serta mempermainkan agama dan begitu bersifat kebudak-budakan.

‎Dalam kehangatan orang ramai mencemuh tindakan itu, tidak ketinggalan pengacara terkenal TV3, Ahmad Fedtri Yahya yang dilihat turut menegur perbuatan tersebut.

Sebaik sahaja upacara bersumpah tersebut dijalankan, melalui akaun twitter miliknya, Fedtri menulis:

"Muhasabah diri: Quran pun jarang² ‎buka, tebal dengan debu. Mengembalikan fungsi sebenar Al-Quran, Bukan sekadar hiasan hantaran dan alat bersumpah"



Berapa ramai orang jadi keliru dengan perbuatan bersumpah depan Al-Quran ini dan menyangka ia adalah ajaran Islam?

Sedangkan orang yang suka bersumpah itu menunjukkan ciri-ciri 'munafik' yang menjadikan sumpah sebagai perisai lalu‎ membawa orang lain kepada kesesatan.

‎"Mereka (orang-orang munafik) menjadikan sumpahnya sebagai perisai, lalu mereka menghalang (dirinya dan orang lain) dari menurut jalan Allah. Sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah kerjakan" [Al-Munafiqun: 2].

Al-Quran tidak dibaca, sebaliknya hanya jadi alat untuk bersumpah.


-milosuam

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.