`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, February 20, 2014

SALAH SIAPAKAH BERLAKUNYA KRISIS AIR AMAT MERUNCING DI NEGERI SEMBILAN??????


Bila berlaku krisis air di negeri -negeri yang diperintah Pakatan Rakyat terutamanya Selangor maka terus UMNO dengan bantua media lidak biawak rasminya menunding jari ianya kesalahan pihak kerajaan PR Selangor.

Kini keadaan air dinegeri jiran Selangor yang ditadbir urus oleh UMNO/BN semenjak merdeka hingga sekarang, Negeri Sembilan sedang berdepan dengan krisis air yang amat meruncing sehingga terpaksa dicatu.

Siapakah yang patut dipersalahkan???? Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) atau Kerajaan UMNO/BN Negeri Sembilan bawah pimpinan Mat Hassan?????... Atau paling tepatnya kedua-duanya sekali??????

Penyerahan pengurusan air seluruh Negeri Sembilan diserahkan dari Jabatan Bekalan Air Negeri Sembilan kepada SAINS semasa Mat Hassan jadi MB Negeri Sembilan sedangkan penyerahan pengurusan air kepada SYABAS di Selangor dilakukan oleh Khir Toyo semasa UMNO/BN memerintah.

The Star Online melaporkan Mohamad Hasan mengumumkan bahawa Negeri Sembilan alami krisis air di negeri itu ekoran bekalan air yang terputus di beribu-ribu isi rumah sejak Rabu.

Mohamad Hasan berkata bilik Operasi Bencana Alam negeri itu turut diaktifkan untuk menyelaraskan usaha untuk membekalkan air bersih kepada pengguna di kawasan yang terjejas.

"Hujan tidak turun di sini sejak dua bulan yang lalu dan ini telah menyebabkan paras air di tujuh empangan mencapai tahap kritikal.

“Malah, kami juga tidak dapat mengambil air dari Batang Benar dan Sg Ulu Muar yang menyediakan air mentah kepada empangan Talang, Kelinchi dan Sg Terip, kerana kedua-duanya sudah kering,” katanya kepada The Star Online.

Beliau berkata lebih 8,000 isi rumah terjejas akibat kekeringan empangan itu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.