`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, February 7, 2014

TERKINI: Tok Imam masjid di pecat kerana berkhutbah jumaat isu harga barang dan hudud

Subhanallah...!!!
Imam yangg bercakap benar pun dipecat...
Benarlah apa yang Rasulullah SAW pernah bersabda :
سيأتِي على الناسِ سنواتٌ خدّاعاتٌ ، يُصدَّقُ فيها الكاذِبُ ، ويُكذَّبُ فيها الصادِقُ ، ويُؤتَمَنُ فيها الخائِنُ ، ويخونُ الأمينُ ، وينطِقُ فيها الرُّويْبِضَةُ . قِيلَ : وما الرُّويْبِضةُ ؟ قال : الرجُلُ التّافِهُ يتَكلَّمُ في أمرِ العامة
"Akan datang kepada manusia suatu zaman tahun² yang tandus. Orang  yang berdusta dikatakan benar dan orang yag benar dikatakan berdusta. Pengkhianat akann disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berpeluang bercakap hanyalah golongan "ruwaibidhah" sahabat bertanya apalah "ruwaibidhah" itu? Maka Rasulullah menjawab:Org yang kerdil lagi hina yang tak pandai mengurus hal org ramai

PEMECATAN IMAM KERANA BERKHUTBAH ISU HUDUD DAN KENAIKAN HARGA BARANG

Pihak Jawatankuasa Kariah Masjid Jamek Kg. Tualang Sekah, Malim Nawar, Perak didapati telah memecat seorang imam jemputan yang telah berkhidmat selama dua tahun dimasjid tersebut.

Antara sebab utama imam tersebut dipecat ialah beliau telah menyampaikan khutbah yang diklasifikasikan berbaur politik iaitu hukum Hudud tidak dapat dilaksanakan di Kelantan kerana halangan Kerajaan Persekutuan dan kenaikan harga barangan masakini disebabkan oleh Kerajaan Persekutuan.

Setelah membuat penelitian, Dewan Pemuda PAS Perak :

1- Menyokong pendirian imam tersebut yang berani melontar pandangan berkaitan isu-isu semasa walaupun ianya menyentuh Kerajaan Persekutuan. Ini sesuai dengan hadith Nabi yang bermaksud “berkata benarlah walaupun ianya pahit”.

2- Dewan Pemuda PAS Negeri Perak amat kesal dengan tindakan Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Masjid yang memecat imam tersebut tanpa dipanggil membela diri. Tindakan ini amat-amat bertentangan dengan ajaran Islam yang mementingkan soal keadilan.

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak bahawa isi khutbah yang diucapkan oleh imam tersebut tidak menyalahi agama bahkan menegaskan bahawa isu hudud adalah isu aqidah umat Islam yang perlu diperjelaskan dengan sejelasnya.

3- Tindakan yang dilakukan oleh Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Masjid dilihat lebih kepada sentiment politik kepartian sedangkan tindakan imam tersebut melalui ucapan isi khutbahnya lebih kepada tuntutan agama iaitu mengajak masyarakat kembali kepada islam.

4- Pihak Pengerusi dan Jawatankuasa Masjid perlulah menyedari tugas mengimarahkan institusi masjid adalah focus utama mereka dengan menjadikan masjid sebagai duta penyelamat ummah.

Sehubungan itu Dewan Pemuda PAS Perak membantah pemecatan imam tersebut dan mendesak supaya pemecatan terhadap imam tersebut hendaklah ditarik semula demi memelihara Institusi agama yang mulia ini.

AKMAL HJ KAMARUDIN
Timbalan Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak

Bertarikh : 07 Rabi’ul Akhir 1435H bersamaan 07 Februari 2014



SURAT PEMECATAN
ABDUL MANAF BIN ISMAL MEMENGGANG SURAT PEMECATAN SEBAGAI IMAM SOLAT JUMAAT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.