`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, February 12, 2014

UMNO takut dengan YouTube? – Aishah

hantuyuotube
POLITIK lucah, politik selak kain, politik tahi, cukup menggambarkan kejayaan ‘transformasi’ yang dibawa DS Najib Razak. Baru-baru ini, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim dikritik dengan keras kerana ucapan di Youtube Onederful Malaysia CNY 2014 yang sehingga 10 Februari 2014 telah mencatat sebanyak 475,070 hit. Pihak UMNO mengatakan video itu mengandungi unsur hasutan dan penghinaan terhadap pengorbanan tentera di Lahad Datu, Perdana Menteri dan isterinya. Perkara ini heboh bukan sahaja di akhbar perdana tetapi juga di media alternatif seperti twitterfacebook dan lain-lain.
Malang sekali, apabila isu besar yang cuba dipertontonkan dalam video yang berbentuk satira politik itu tidak dapat difahami mentaliti yang sempit dan rasis. Teresa Kok menggunakan media baru sebaiknya dengan membuat video pendek yang lucu tentang korupsi, kroni dan kegagalan urus tadbir. Sebaliknya, Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Ahmad Shabery Cheek telah membodohkan diri mereka sendiri dengan membuat tuduhan dan tindakan melulu. Malah pihak UMNO juga menyalahkan dan menyindir Teresa Kok kerana pernah menyaman berjuta bagi artikel yang bertajuk ‘Azan, Jawi, Jais, UiTM dan ‘ba-alif-ba-ya’ dan cerpen bertajuk “Politik Baru YBJ” yang dikatakan merujuk kepada dirinya (pautan: http://www.umno-online.my/?p=100051).
Kes ini bagaimanapun diselesaikan di luar mahkamah. UMNO mungkin merupakan Melayu mudah lupa kerana tindakan yang dilakukan UMNO terhadap video Teresa Kok adalah berunsur rasisme, lucah dan merendahkan wanita dan martabat manusia. Ini sudah tentu membezakan cara berpolitik UMNO dengan DAP.
Lim Kit Siang dalam hal ini berkata “Before more UMNO Ministers make fools of themselves, I seriously suggest that the Prime Minister, Datuk Seri Najib Razak should invite Teresa Kok to screen her 11-minute video “Onederful Malaysia CNY 2014”. Ajakan Lim Kit Siang ini harus disambut baik semua pihak dalam mewujudkan politik yang sihat.
Dalam konteks politik di Malaysia, wacana kaum tidak patut mendominasi politik negara. Dikotomi Melayu-bukan Melayu ini hanya menunjukkan kegagalan pembinaan negara bangsa, apatah lagi 1Malaysia yang dilaungkan Perdana Menteri DS Najib Razak.
Politik parochial seperti ditonjolkan kelompok pro-UMNO iaitu Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia yang dilaporkan menyembelih dua ekor ayam dan melumur darahnya pada kain rentang yang tertera gambar pemimpin Cina DAP dan PKR dan menawarkan ganjaran sebanyak RM1,200 bagi sesiapa yang dapat menampar Teresa Kok sepatutnya dikecam! Tambah memburukkan lagi keadaan apabila terdapat tawaran bagi sesiapa untuk ‘main’ atau pernah meniduri beliau.
Tindakan ini bukan sahaja merupakan satu cubaan menutup hak berekspresi malah menggalakkan unsur rasisme dan keganasan terhadap wakil rakyat. Undang-undang yang draconian tidak seharusnya dikenakan untuk menutup hak yang dijamin Perlembagaan Persekutuan. Pihak berkuasa sewajarnya menjaga keselamatan orang awam ini termasuk wakil rakyat yang secara terang-terangan diancam dan diugut.
Bukan itu sahaja, melihatkan kepada kedudukannya sebagai Ahli Parlimen wanita, tawaran sebegini berani dibuat menunjukkan tanda tidak hormat kepada wanita! Bukan sahaja tawaran ini dilihat sebagai tamparan kepada rakyat Malaysia umumnya tetapi juga golongan wanita khususnya. Adakah tawaran ini akan dibuat jika Teresa Kok bergender lelaki? Adakah tawaran RM1,200 akan diberi bagi sesiapa yang mampu sunat (khatan) Teresa Kok lelaki? Jika demikian, di manakah letaknya kewarasan politik Malaysia dan kenyataan Zahid Hamidi dalam mengatakan ia bukan ancaman?
Adakah jika tawaran seumpama ini dibuat terhadap isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor, Zahid Hamidi akan mengatakan hal yang sama?
Merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh (pautan: http://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2014/02/10/teresa-kok-is-being-hypocritical/) oleh Presiden Centre for Political Awareness tentang sikap Teresa Kok yang hipokrit. Harus diingatkan, DS Najib Razak dan UMNO-BN selama ini yang bersikap hipokrit dengan mewujudkan sentiment perkauman dan pada masa sama melaungkan slogan keharmonian.
Justeru, sejauh mana “transformasi politik” yang mengambil kira “politik baru” untuk Malaysia yang demokratik seperti diuar-uarkan Perdana Menteri DS Najib Razak? Sampai bila politik Malaysia berkisar adegan peribadi, keganasan dan perkauman? Budaya politik baru seharusnya mewarnai lanskap politik Malaysia melampaui batas kaum, agama, dan gender seperti ditunjukkan dalam pasca-PRU 2008. – Roketkini.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.