`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, April 2, 2014

LAPAN BERANAK DI KAWASAN PARLIMEN KETUA PENERANGAN UMNO MALAYSIA TINGGAL DALAM SETOR TERBIAR SEJAK 2 TAHUN YANG LALU.



PONTIAN - Kesempitan hidup dialami memaksa lapan beranak di Kampung Parit Dato Onn, di sini, tinggal dalam stor terbiar, sejak dua tahun lalu.

Biarpun serba daif, Abdul Hadi Esa, 40, tabah menyara keluarganya dengan pendapatan tidak menentu mengambil upah melakukan  kerja kampung.

Bapa enam cahaya mata ini, turut melahirkan kesedihannya yang terpaksa membesarkan anak dalam suasana tidak selesa selain berharap ada pihak yang sudi tampil membantu mereka sekeluarga membaiki  rumah didiami.

“Setiap kali hujan, besen terpaksa digunakan untuk menadah air kerana banyak bumbung yang bocor. Manakala, dinding yang dibina daripada kayu pula mula reput akibat dimakan anai-anai.

“Kayu terpakai digunakan untuk menambah ruangan bilik dan dapur dalam stor ini. Saya cuma harap dapat diberikan bantuan baik pulih rumah seperti kayu dan zink,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Abdul Hadi berkata, tambah menyukarkan apabila mereka sekeluarga diduga dengan keadaan anak sulung terlantar selepas koma selama lapan bulan akibat kemalangan.

Meskipun tragedi itu sudah berlalu hampir dua tahun, kesannya masih dirasai kerana Mohd Nur Hakim, 16, yang mesra disapa Along, tidak boleh bercakap mahupun bergerak selain bergantung kepada susu formula khas sebagai makanan harian.

Abdul Hadi berkata, segala perbelanjaan perlu didahulukan untuk keperluan perubatan anak sulungnya itu meskipun menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Baitulmal masing-masing sebanyak RM300 sebulan.

“Along memerlukan penjagaan rapi, selain bekalan susu formula khas dianggarkan kira-kira RM1600 sebulan, lampin pakai buang dan salur air kencing turut diperlukan. Pada masa sama, saya menanggung empat anak yang masih bersekolah.

“Saya tidak dapat bekerja jauh dari keluarga, kerana Along memerlukan perhatian dan isteri yang menjaganya perlu dibantu bagi memudahkan pergerakannya,” katanya.

Jelasnya, Along kini sedang menjalani rawatan pemulihan sehingga akhir bulan ini, di rumah orang terlantar dan orang tua di Taman Nong Chik Johor Bahru.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.