Banjir kilat melanda di tengah bandar Kuala Lumpur petang semalam tatkala warga kota mula bergerak pulang dari pejabat.
Laporan dan gambar banjir mula terbit di media sosial selepas jam 5 petang semasa hujan turun dengan lebat kira-kira sejam.
Menurut akaun twitter Star Radio @mytraffic jalan yang dibanjiri termasuk Jalan Sultan Ismail, Jalan Chan Sow Lin, stesen LRT Jelatek dan terowong bulatan Cheras.
Sementara itu akhbar tabloid bahasa Melayu Kosmo, dalam tweet mereka menyatakan lebih 100 kenderaan rosak ditenggelami air di Jalan Pinang.
Jalan lain yang dilaporkan banjir termasuk Jalan Ampang dan sekitar Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Beberapa pengguna media sosial mengeluh kerana banjir kilat ini berlaku masa sama dengan kenaikan harga minyak tengah malam ini.
"Harga minyak naik, air banjir naik, kemarahan rakyat naik (tapi) ranking bola sepak tak naik.
“Semua salah (Ketua Umum PKR) Anwar Ibrahim," kata tweet dari @DeeyaHazard yang merujuk kegemaran Anwar menyindir pengkritiknya yang selalu menyalahkan beliau dalam pelbagai perkara dan masalah.
Satu lagi pengguna Twitter, @beautifulnara menulis,"Sudahlah banjir, sekarang nak kena beratur untuk isi minyak. Dugaan."
Hari tu sibuk sangat MCA sebuah parti komponen BN menyalahkan kononnya "Langkah Kajang" menyebabkan banjir di kajang untuk memburukkan Pakatan Rakyat dan wakil rakyat yang baru YB Dr Wan Azizah Wan Ismail.
“Banjir kilat yang melanda Kajang semalam adalah tambahan kepada senarai panjang dan tidak berkesudahan kegagalan Pakatan Rakyat menunaikan janji-janji pilihan raya,” kata Setiausaha MCA Selangor Ng Chok Sin.
Ng mempersoal pencapaian anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang Dr Wan Azizah Wan Ismail, enam bulan setelah dipilih dalam pilihan raya kecil.
Sekarang, di KL sendiri banjir, mana suara kamu? Apa langkah kerajaan Pusat? Siapa Datuk Bandar kamu? Mana Menteri Wilayah persekutuan yang bernama Tengku Adnan Tengku Mansor?
Lancang mulut kamu menuduh Pakatan Rakyat, sekarang terkena batang hidung sendiri, tahu pula mendiamkan diri dan membisu...
Malah jika dibuka kisah mengenai kejadian banjir lebih akrab berlaku di Kuala Lumpur berbanding Kajang!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.