Pasangan suami isteri telah dilihat bergaduh gara-gara kehadiran orang ketiga dalam rumahtangga mereka di kawasan premis TGV di Aeon Bukit Raja petang tadi.
Menerusi video itu, lelaki yang bernama Nas dikatakan bermain kayu tiga terhadap isterinya. Akan tetapi, si isteri berjaya menghidu perbuatan suaminya lalu bertindak mengekori suaminya ke Aeon, Bukit Raja.
Hasil risikan si isteri mendapati suaminya itu ditemui bersama dengan seorang wanita yang juga individu yang merakam video tersebut.
Ketika kejadian berlaku wanita ketiga ini cuba meleraikan pergaduhan suami isteri ini. Akan tetapi, lelaki tersebut tidak mempedulikan rayuan wanita simpanannya itu walaupun yang dibelasahnya itu adalah isterinya yang sah.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.