`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, November 29, 2014

PANAS BERAPI! BENARKAH NAJIB FLIP FLOP DAN FATHUL BARI SAMAKAN NAJIB DENGAN NABI?

UMNO: PM Najib berkata Akta Hasutan 1948 akan dikekal dan diperkukuhkan.

Apabila PM umumkan akta hasutan akan dikekalkan dan diperkukuhkan maka berkokok la cacai pakatan san segelintir penyokong kerajaan yang mengatakan yang Najib adalah pemimpin FLIP FLOP. Takde pendirian sebab dulu dia yang kenalkan akta harmoni bagi memggantikan dengan akta hasutan.

Memang benar Najib ada cakap sebegitu. Aku tak nafikan tapi sebagaimana yang kita tahu Najib adqlah seorang pemimpin yang mendengar keluh kesah dan segala input dari rakyat. 

Walau dia dah buat keputusan untuk menggantikan akta hasutan dengan akta harmoni yang dikemudiannya dimanipulasikan oleh BAR COUNCIL dengan membentangkan cadangan mereka sebagai cadangan PM namun setelah meneliti desakan rakyat makandia mengubah keputusan untuk mengekalkan akta hasutan.

Takkan la korang tak nampak benda ni? PM kita memang samgat terbuka orangnya dan sekiranya rakyat majoriti mahu sesuatu dikekalkan maka dia alan ikut. 

Rentetan dari peristiwa ini Ustaz Fathul Bari telah ditanya kepada beliau olej wartawan Sinar Harian akan pendirian beliau tentang isu ini maka dijawab Usyaz Fathul bahawa Rasulullah SAW juga selalu mendengar cadangan dari para sahabat beliau.

Sebagai contoh Ustaz Fathul kata didalam Perang Uhud Rasulullah telah bermusywarah dengan para sahabt bliau tentang strategi perang dan Rasulullah mahukan mereka bertahan dan berperang didalam kota kerana mereka lebih tahu segala jalan masuk ke kota.

Tetapi didalam musywarah itu majoriti para sahabat mahukan peperangan itu berlaku diluar kota maka Rasulullah memgikut keputusan majoriti dan berperang diluar kota.

Tetapi malang sekali statement Ustaz ini telah dimanupulasi oleh segelintir pemgamal media yang tidak bertanggungjawab dan mereka meniuduh Ustaz Fathul kata taraf PDah macam Rasulullah. Kenapa boleh jado macam ni?

Apakah mereka ni faham atau tidak apa yqng diperkatakan oleh Ustaz Fathul Bari ini? Apa bodoh sangatkah mereka ini? Dimana tanggungjawab seorang pengamal media bile berita sebegini boleh diputar belit? Korang ada otak kan? Fikir la sendiri.

Berbalik pada keputusan PM yang dikatakan flip flop kerana mahu akta haistan dikekalkan. Aku tetap mengatakan Najib adalah seorang gentleman dan bukan seorang flip flop. 

Beliau mendengar denyut nadi rakyat. Beliau ikut sahaja apa yang rakyat majoriti mahukan. Ini baru betul pemimpin beb. Because he listens. Setuju?

Kalau korang rasa artikel aku ni jenis artikel menjilat pemimpin. Ada aku kesah? Aku sokong keputusan yang baik dan aku akan pertahankan PM dengan keputusan beliau ini. Sama macam keputusan beliau untuk menghapuskan subsidi minyak. Ianya akan menguntungkan rakyat.

Kalau korang nak maki hamun aku pasal ini silakan sebab aku sangat setuju dengan tindakan PM ni. Bila ada benda yang aku tak setuju dengan PM maka seperti biasa aku akan bantah.

Sekian. Terima kasih

PARPUKARI IS BACK

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.