`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, November 29, 2014

Apa boleh beli dengan RM25 seminggu?

  • Perwakilan Terengganu, Mohd Iskandar Jaafar ketika membahaskan usul pada Perhimpunan Agung Umno Ke-68 yang memasuki hari kedua hari ini, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto BernamaPerwakilan Terengganu, Mohd Iskandar Jaafar ketika membahaskan usul pada Perhimpunan Agung Umno Ke-68 yang memasuki hari kedua hari ini, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Bernama
 1 / 1 
KUALA LUMPUR - [VIDEO] Isu mengenai kos sara hidup yang semakin membebankan rakyat menjadi topik perbahasan yang dibawa oleh Perwakilan Terengganu Mohd Iskandar Jaafar.

Mohd Iskandar berkata, beliau sedih dengan nasib rakyat, kerana statistik yang digembar-gemburkan di media massa dan cetak mengenai kehidupan rakyat kini tidak mengambarkan kehidupan mereka yang sebenar.

"Kos sara hidup menjadi topik perbincangan rakyat saban hari.

"Mengikut fakta 78 peratus orang Melayu  berpendapatan gaji kurang daripada RM3,000 sebulan.

"Tempat saya harga getah teruk semalam RM1.70 sekilogram, seminggu menoreh dapat RM50 ada pula yang kena bahagi dua dapatlah RM25.

"Dapat RM25 seminggu apa yang mereka hendak makan, tiba-tiba keluar di dada akhbar purata pendapatan rakyat RM5,900 sebulan, amboi... betulah dari segi statistik tetapi rakyat tanya itu pendapatan siapa? Gaji saya pun tidak sampai begitu.

"Jadi saya mohon kepada menteri untuk buat sesuatu pengumuman itu tengoklah keadaan dahulu," katanya.

Mengulas lanjut Mohd Iskandar berharap hasil kutipan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan mulai 1 April 2015 serta penjimatan subsidi hasil daripada pengenalan kaedah pengawalan harga minyak secara terapung dapat 'dikembalikan' kepada rakyat.

"Kita minta sungguh-sungguh hasil kutipan GST dan penjimatan subsidi hampir RM30 bilion itu dapat dikembalikan kepada rakyat.

"Jangan kita buat projek besar-besar yang akhirnya rakyat tanya transformasi ekonomi yang kerajaan buat ini, apa faedahnya kepada kita, jangan sampai begitu," katanya. -SH

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.