Gambar Hiasan |
Harian Metro hari ini melaporkan yang seorang pelakon berstatus janda berusia 33 tahun dicekup oleh sepasukan anggota penguat kuasa selepas dipercayai berkhalwat bersama pasangannya di sebuah kondominium, Ukay Perdana dekat sini, awal pagi tadi.
Tangkapan dilakukan oleh Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 3.23 pagi ini kediaman pelakon itu berdasarkan maklumat orang awam.
Sumber berkata, kedua-dua pasangan berkenaan ditahan selepas gagal menunjukkan sebarang dokumen menunjukkan mereka mempunyai sebarang ikatan mahram.
Pelakon mempunyai tiga anak itu dilaporkan pernah membintangi beberapa buah filem tetapi lebih sinonim dengan filem seram dan watak hantu.
- (rtky/m)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.