`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!





Tuesday, December 30, 2014

NGO mahu himpunkan 20,000 Melayu di KL

  

Sebuah NGO merancang perhimpunan besar 20,000 orang Melayu di ibu negara bagi “mengembalikan kekuatan” bangsa itu.

Mengambil semangat perhimpunan besar kumpulan Melayu seluruh Tanah Melayu pada 1946, penganjurnya Majlis Perundangan Melayu (MPM) mensasarkan kehadiran pelbagai NGO dan parti politik Melayu.

Malah, mereka berharap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak turut hadir dalam perhimpunan dinamakan “Lancarkan Gerakan Renaisans Melayu” itu.

"Kami terbuka, semua NGO dijemput, PERKASA, ISMA, individu, sesiapa sahaja terbuka. (Jika) rasa diri hebat dan ingin jadi hebat mereka boleh hadir.

"Perpecahan Melayu bukan sekadar isu politik, tetapi juga dalam memilih fahaman itu sendiri, tidak semua orang Melayu memilih fahaman Ahli Sunnah wal Jamaah.

"Ramai juga memilih Syiah dan liberal yang menyokong LGBT (lesbian, biseksual, gay, dan transgender).

"Jadi jangan bila sebut Melayu berpecah, hanya fokus kepada PAS, PKR, dan Umno.

"Banyak lagi faktor menyebabkan orang Melayu ini berpecah," kata Setiausaha Agung MPM Datuk Dr Hasan Mad dalam sidang media hari ini.

MPM merancang mengadakan perhimpunan itu pada 19 Januari depan, jika keadaan cuaca mengizinkan.

Dalam perhimpunan 68 tahun lalu di Kuala Lumpur itu, sebanyak 41 pertubuhan Melayu menyertainya dan tiga usul diluluskan, termasuk menubuhkan Umno dan membantah Malayan Union. 



Malaysiakini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.