Kerajaan Negeri Terengganu mengarahkan semua pasar raya di negeri itu ditutup pada Jumaat mulai 12.30 tengah hari hingga 2.30 petang mulai Januari tahun depan.
Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata keputusan itu dibuat bagi mengelak umat Islam terutama golongan muda tidak menunaikan solat Jumaat dengan melepak di premis berkenaan.
"Keputusan itu dipersetujui pada mesyuarat exco minggu lepas," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri di Kuala Terengganu, hari ini.
Semasa perbahasan Bajet Terengganu 2015, Hilmi Harun (PAS-Manir) mendakwa ramai orang Islam terutama golongan muda tidak menunaikan solat Jumaat dengan melepak di pasar raya.
Ahmad Razif berkata penguatkuasaan terhadap arahan itu akan dijalankan dan dipantau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). ~bernama
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.