Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menjelaskan beliau membayar secara tunai ketika membeli kereta baharunya kerana memperoleh baki yang mencukupi selepas beliau menjual kereta lama miliknya.
Menteri Pertananan itu berkata demikian ketika mengulas mengenai borang pesanan jualan sebuah kenderaan mewah jenama Audi Q5 2.0 TFSI yang menjadi tersebar di media sosial.
Dalam borang itu menyatakan Hishammuddin membeli kenderaan tersebut secara tunai dengan kos, RM220, 250 termasuk lain-lain kos.
"Inilah kerja mereka yang menggunakan media sosial untuk menyiasat perkara seperti ini.
"Kereta yang baharu yang beli ini adalah untuk menggantikan kereta lama yang saya gunakaan sekarang. Kereta lama saya telah berusia lima tahun dengan jenama dan model yang sama. Saya hanya menjualnya kembali," katanya kepada pemberita
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.