`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, October 26, 2016

TUN DR MAHATHIR: MALAYSIA BERNASIB BAIK DIPERINTAH OLEH YANG AMAT BERHORMAT PENCURI!

Untuk bahagian terakhir majlis Kepimpinan Bersatu di Jasin Melaka dua hari lepas, saya kongsikan sedutan video2 menarik ucapan Tun Mahathir:
Ahli Umno yang betul2 percaya kepada perjuangan Umno, mereka harus tinggalkan Umno. Serentak sekarang ini !
Tetapi tidak …. mungkin kerana dedak , kerana mungkin kononnya Najib tak bersalah … Macamana dia nak bersalah ( kalau ) dia tak dapat pergi ke mahkamah. AG kata dia tak salah. AG sudah jadi bukan saja pendakwaraya, dia sudah jadi hakim.

Negara DiPerintah Oleh Yang Amat Berhormat Pencuri !
Jika benar AG berpendapat tidak ada kesalahan kenapa tidak tunjukkan kepada rakyat bukti2 dari laporan yang ada. Tunjuklah pada orang, apa yang nak takut ?
Tapi inilah kerajaan yang kita punyai sekarang. Ganjil. Negara kita diperintah oleh seorang yang dituduh oleh seluruh dunia sebagai pencuri.
Kita panggil Yang Amat Berhormat Pencuri ! Ini bukan perdana menteri, dia curi duit. Bukan sikit duit, curi duit banyak …
Najib Tak Berani Nak Saman !
Wakil2 rakyat mesti akui bahawa pemimpin mereka sekarang ni ialah ( seorang ) Pencuri.
Biasanya kalau kita sebut macam ini, … dia boleh saman malu ! Bawa saya pi mahkamah. Saya kata terang2, kalau dia nak bawa pi mahkamah, OKlah. Barulah dapat saya dedahkan kesalahan dia.
Tapi dia tak berani nak saman malu WSJ pun… jauh sekali DOJ.
Senyaaaaap saja …. kononnya tak sebut nama dia. Cuma Malaysian Official No1. Tapi alhamdulillah, Rahman Dahlan kata, ” Siapa dia malaysian official no 1 ? Najiblah .” Ini pengakuan dia buat sendiri.
Dan Najib tahu memang pun dia yang dituduh dalam laporan 136 muka yang dibuat oleh DOJ Amerika. Nama MO1 ini disebut lebih daripada 30 kali. Duit itu melalui orang ini. Bermakna dia memang pun salah.
Tun Mahathir Sekolahkan Najib Cara Lebih Baik Dari BR1M
Ya, memang mereka yang betul2 miskin kita harus bantu dengan memberi wang yang mencukupi. Ada yang miskin tetapi tidak dapat kerja. Maka kerajaan perlu memberi latihan kepada yang miskin ini dan mewujudkan peluang2 pekerjaan supaya dia dapat pendapatan secara yang halal.
Sebab itu pepatah cina berkata, apabila datang seorang meminta sedekah jangan bagi makanan kepadanya. Sebaliknya bagi kail kepadanya supaya dia boleh membekalkan dirinya seumur hidupnya dengan ikan yang ditangkap dengan kail ini,
Inilah cara kita. Malaysia tidak akan jadi negara yang maju kalau kerajaan asyik bagi wang kepada rakyat. Supaya rakyat bergantung kepada kerajaan dan dengan itu, kalaupun kerajaan itu diketuai oleh penyangak matawang, tetapi kita nak bahagian kita.
Inilah cara merosakkan moral bangsa kita. Kita mesti menghadapi cabaran. Dan untuk menghadapi cabaran kita mesti ada kebolehan. Ada ilmu, ada kecekapan. Jika kita tidak ada ilmu dan kecekapan maka menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memberi latihan kepada kita, memberi ilmu kepada kita supaya kita dapat berdiri atas kaki sendiri. Kerana kita dapat upah daripada kerja yang kita tunaikan.
Itulah cara untuk membangunkan sebuah negara supaya rakyatnya terdiri daripada orang yang kuat imannya, yang bermaruah, yang tidak hendak menjadi pengemis dan berharap mendapat wang percuma saja.
Belanjawan Tinggi Tapi Duit Takde … Tulis Atas Kertas Jer
Tun Mahathir menyindir Najib yang berpantun bersajak bagai semasa pembentangan Bajet semata2 nak memperlekehkan beliau, kerana berkata duit takde.
‘Dia perkenalkan Belanjawan. Yalah dalam Belanjawan duit banyaklah, kita tulis atas kertas, tapi duit takde !
Hari ini pun jabatan2 kerajaan menerima surat daripada ibupejabat supaya jangan belanja duit kerana duit takde lagi …..’
Geng Baju Merah Samseng Sengaja Mahu Cetuskan Rusuhan
… tujuan mereka adalah supaya ada rusuhan… kenapa dia suka kepada rusuhan ? Kerana undang2 baru yang dicipta dan dilulus oleh Najib sendiri berkata bahawa kalau ada rusuhan, maka Najib boleh isytihar kawasan sekuriti.
Dalam kawasan sekuriti ini dia boleh tangkap siapa saja. …
Dan kalau orang itu mati pun, tidak boleh ada inkues, tidak ada pemeriksaan oleh majistret untuk menentukan samada dia terbunuh atau pun dia mati biasa.
Kalau dulu kita kata ISA itu adalah satu undang2 drakonian, undang2 yang keterlaluan, tetapi undang2 yang diluluskan oleh Najib ini lebih dasyat daripada itu !

Malaysia Bernasib Baik Kerana Punyai Perdana Menteri Seorang Pencuri !
…. dengan Najib punya duit 2.6 bilion pun takde cukai yang dibayar. Ini satu kesalahan ! Sepatutnya dibawa ke mahkamah dituduh tidak membayar cukai.
Tetapi Najib orang special. Dia tak tetakluk kepada undang2 negara. Undang2 negara tidak boleh diguna ke atas Najib, Dia bebas, dia tidak boleh dibawa ke mahkamah. Sebab itu kita dapati sampai hari ini, daripada segi undang2 negara, Najib tak bersalah. Ini satu perkara baik bagi penyokong2nya.
Kita dapati masih ada ramai yang menyokong Najib, …. selain daripada dedak, mereka ni beri alasan kononnya kami dapati Najib tidak bersalah kerana tidak ada mana2 mahkamah yang memutuskan bahawa dia membuat apa2 kesalahan.
Yang berlaku ialah, pendakwaraya berkata najib tak salah. dia tak buat apapun yang salah. …
Bukti yang banyak kita terima sekarang ini berkenaan dengan salahguna kuasa oleh Najib, jelas dan terang dan diakui oleh seluruh dunia ! Ini tak pernah berlaku. Seorang penjenayah Malaysia diakui sebagai penjenayah di seluruh dunia.
Yang anehnya, yang peliknya, seorang yang dituduh lesapkan duit rakyat, duit negara, seorang yang dituduh melakukan pencurian, kita panggil sebagai Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia.
Ini ganjil sekali, Takada negara di dunia di mana orang yang dituduh lesapkan duit boleh jadi Perdana Menteri … Hanya Malaysia sajalah yang bernasib baik boleh dapat Perdana Menteri pencuri.
Saya kata dengan terang2 dia pencuri !
Kerana orang mencuri, kalau dia nak tentukan dia tak curi, hadap ke mahkamah. Tunjuk bukti2 yang yang dia tak curi. Tapi dia tak dihadapkan ke mahkamah sebab itulah dia tidak didapati bersalah.
Tetapi penyokong2nya menggunakan alasan ini untuk terus menyokong seorang yang memalukan negara kita kerana dunia menuduh orang ini adalah pencuri.
DIN TURTLE

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.