`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, February 11, 2017

MENTERI LETAK JAWATAN, ANIFAH AMAN DAHULUI KEMUNGKINAN?

Beberapa nama menteri segera muncul sebagai teka-teki apabila Menteri Bear Selangor, Azmin Ali lewat petang semalam menulis di Twitternya mengatakan terdapat seorang menteri kanan akan meletakkan jawatan kerana enggan bersubahat berkaitan 1MDB.
Antara nama  yang awal disebut-sebut ialah Anifah Aman, Ismail Sabri Yaakob, Khairy Jamaluddin, Shabery Cheek serta beberapa menteri yang lain. Malah, ada yang turut menyebut nama Zahid Hamidi sebagai menteri yang dimaksudkan.
Tetapi nama yang paling panas menjadi sebutan akan meletakkan jawatan itu ialah Anifah Aman, Menteri Luar Negeri.
Anifah dikatakan ada memberitahu seorang kenalannya bahawa ke mana-mana negara beliau pergi atau berjumpa pemimpin-pemimpin dunia, perkara yang sering ditanya dan membuatkannya tidak dapat memberi jawapan tepat ialah berkaitan 1MDB.
Pertanyaan seluruh dunia yang berterusan itu diberitakan membuatkannya mula berasa malu untuk terus memegang jawatan sebagai menteri.
Lantaran itu, beliau adalah menteri yang paling mungkin menepati sebagaimana maksud tweet Azmin itu.
Nama-nama lain seperti Ismail Sabri, KJ dan Shabery Cheek pula, meskipun turut menjadi sebutan, namun dilihat mustahil meletakkan jawatan kerana tidak bersetuju dengan 1MDB,  kecuali atas sebab-sebab lain seperti Ismail Sabri yang dikatakan mungkin berbuat demikian kerana isu yang dihadapinya berkaitan Annuar Musa yang berjawatan Ketua Penerangan UMNO.
Meskipun Najib menafikan dakwaan Azmin itu sambil menyifatkan sebagai pembohongan yang hanya bertujuan menimbulkan kekecohan kecuali nama menteri terbabit didedahkan, Azmin  kemudian pantas menjawab bahawa sebagai Perdana Menteri, memanglah Najib akan menafikannya.
“Tunggu dan lihat, maklumat itu datang daripada orang yang berkenaan.
“Kita akan umumkan,” kata Azmin lewat malam tadi.
Ia dengan sendirinya bermakna menteri terbabit ada bercakap sendiri dengan Azmin mengenai hasrat perletakan jawatannya itu.
Yang menariknya, Najib sendiri turut meneka-neka, tercari-cari atau mungkin mula menghubungi menteri-menterinya sepanjang malam tadi untuk mengetahui siapakah di antara mereka yang dikatakan mahu meletakkan jawatan itu.
Soalnya, apakah melalui pendedahan awal oleh Azmin itu, menteri terbabit tetap mahu meneruskan hasratnya berundur atau menarik baliknya sebagaimana Speaker Parlimen, Pandikar Amin Haji Mulia dahulu yang pernah mengadu kepada Tun Mahathir Mohamad mahu meletakkan jawatan, tetapi menariknya balik setelah dipujuk oleh Najib Razak?
Adakah episod sama akan berulang atau pujuk rayu Najib sudah tidak laku lagi untuk mengubah keputusan menteri berkenaan?
– http://shahbudindotcom.blogspot.my/

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.