`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, October 30, 2017

Jualan Mara Digital Mall lebih RM28 juta sejak penubuhan

Kementerian bercadang wujudkan Mara Digital di setiap negeri dan pada masa ini Mara telah kenal pasti 4 lagi lokasi iaitu di Johor, Melaka, Terengganu dan Kelantan.
DEWAN RAKYAT
MARA-Digitl_600KUALA LUMPUR: Pusat teknologi maklumat dan komunikasi (IT) Mara Digital Mall mencatat jumlah jualan lebih RM28 juta sejak ditubuhkan pada Disember 2015, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah Datuk Alexander Nanta Linggi berkata sebahagian besar jumlah itu diperoleh Mara Digital Menara di ibu negara iaitu RM26 juta, manakala lebih RM2 juta diperoleh Mara Digital Anggerik Mall, Shah Alam.
“Sehingga kini, terdapat 4 Mara Digital iaitu Mara Digital Menara Mara, Kuala Lumpur, Mara Digital Anggerik Mall, Shah Alam, Mara Digital Ipoh dan Mara Digital Kuantan.
“Bagi 2 premis Mara Digital iaitu di Ipoh dan Kuantan, jumlah jualan belum diperoleh kerana kedua-duanya baru beroperasi bulan ini,” katanya ketika menjawab soalan Jeff Ooi Chuan Aun (DAP-Jelutong).
Nanta berkata kementerian bercadang mewujudkan Mara Digital di setiap negeri dan pada masa ini Mara telah mengenal pasti 4 lagi lokasi iaitu di Johor, Melaka, Terengganu dan Kelantan. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.