`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, October 1, 2017

POLITIK PAKATAN & ‘TAWARAN BARU’

PAKATAN Harapan (PH) baru-baru ini mengadakan ceramah perdananya di Kuching.  Berkonsepkan “Tawaran Baru, Harapan Baru”, pemimpin utamanya seperti Dr Mahathir Mohamad dan Lim Kit Siang mengemukakan  tawaran baru kepada pengundi Sarawak dan Sabah.
Ceramah itu disertai Pengarah Pilihan Raya Amanah, Dr Hatta Ramli dan Pengerusi Pakatan Harapan Sarawak, Chong Chieng Jen.
Intipati ceramah termasuklah  mahukan  Perkara 18 dan 20 dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) “dirunding” semula.
Perkara 18  dan 20 termasuklah perkara-perkara berkaitan agama, bahasa, perlembagaan, pelantikan ketua negeri, kuasa imigresen, borneonisasi, kedudukan istimewa penduduk asli, perwakilan mencukupi di jabatan kabinet dalam kerajaan persekutuan, jaminan perlembagaan dan kuasa tanah, perhutanan, kerajaan tempatan dan sebagainya.
Dalam ceramah pertama kali Dr Mahathir di pentas pembangkang PH di Sarawak, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata:
“Kita malah mahu hak Sarawak dan Sabah dikembalikan kerana rampasan hak mereka sebelum ini berlaku secara tidak sah. Banyak hak Sarawak dan Sabah dirampas melalui undian di Parlimen, kerana mereka hanya minoriti.
“Lebih malang, tiada rundingan berlaku antara tiga wilayah ini iaitu Sarawak, Sabah dan Malaya sebelum cadangan-cadangan berkaitan taraf wilayah dan kuasa pelantar dibentangkan.
“Akta ini tidak adil dan pemilikan perolehan atau royalti petroleum milik Sarawak, Sabah dan Terengganu harus dirunding semula agar lebih adil.”
Yang terbaru pengerusi PH Sabah mengatakan ia bukan  untuk “menyemak”, “berunding semula’ dan “membatalkan” undang-undang yang melanggar hak istimewa negeri Sabah dan Sarawak. Sebaliknya, ia “perjanjian baru” yang lebih baik berbanding termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963.
Hal ini dilihat lebih bercelaru. Pendirian Parti Warisan  Sabah lebih jelas dan matang  dengan menegaskan MA63 tidak perlu dirunding kembali oleh Putrajaya, sebaliknya perlu dipatuhi, dihormati dan dilaksanakan.
Wira politik
Apapun kenyataan seumpama itu mengundang pelbagai reaksi daripada rakyat Sarawak.  Ada yang  berpendapat kini tibanya masa PH membuat “tawaran baru”,  “rundingan semula”,  atau apa-apa usaha untuk menjaga kepentingan Sabah dan Sarawak  sesuai dengan matlamat MA63.
Mereka berharap Dr Mahathir dan PH dengan kesedaran tersebut akan mengotakan janji itu.
Pengalaman 22 tahun memerintah negara akan dapat dimanfaatkan untuk membaiki dan membina negara. Ketika Dr Mahathir  menjadi perdana menteri beliau dikenali sebagai ikon bapa pemodenan Malaysia. Fakta ini perlu diterima secara terbuka.
Malah dalam buku teks sejarah nama Dr Mahathir disanjung bukan sahaja sebagai pemimpin negara yang berwawasan akan tetapi juga dianggap sebagai wira dunia ketiga. Di mana-mana sahaja kita berada, nama Mahathir disebut dan diingati juga dalam kalangan negara dunia.
Politik paradoks
Namun ada juga yang skeptikal dengan janji dan kata-kata penasihat PH tersebut. Tidak kurang juga mempertikaikan kejujuran beliau yang  mahu menilai semula Perjanjian Malaysia 1963.
Hujah yang skeptikal ini dapat difahami dengan mudah kerana sepanjang Dr Mahathir memegang jawatan sebagai perdana menteri beliau tidak pernah   cuba melakukan “semakan” semula terhadap Perjanjian Malaysia 1963.
Mengapakah selepas tidak berkuasa lagi dalam kerajaan, iaitu selepas tidak menjadi perdana menteri baru mengakui “ketidakadilan” tersebut?
Mengapakah selepas bergerak di pentas pembangkang beria-ria mahu “menyemak” perjanjian tersebut?
Adakah itu dasar populis yang mahu meraih simpati dan undi Sabah dan Sarawak?
Mengapa Lim Kit Siang mahu penggunaan pasport untuk rakyat Malaya masuk ke Sabah dan Sarawak dihapuskan? Bukankah hendak berjanji melindungi kepentingan Sabah dan Sarawak?
Cukuplah gimik politik seumpama ini!
Demikian antara reaksi golongan masyarakat kelas menengah Sabah dan Sarawak ketika ditanya akan hal tersebut.
Namun usaha pentadbiran Adenan Satem yang memulakan tuntutan royalti 20%, penglibatan Sarawak dalam industri gas dan minyak, perundingan  penurunan kuasa daripada kerajaan persekutuan kepada kerajaan negeri Sarawak hingga Adenan dikenali sebagai Bapa Autonomi Sarawak tidak pula disentuh oleh Dr Mahathir. Usaha ini diteruskan oleh penggantinya, Abang Johari.
Politik bina negara
Dalam keadaan situasi politik yang kurang stabil dalam konteks undi popular BN kini cuma mencecah 47%, kematangan  rakyat amat diperlukan  untuk menilai bukan sahaja tawaran baru akan tetapi menilai kritis segala rupa tindakan politik yang dijanjikan.
Selama ini di Sabah dan Sarawak tidak pernah berlaku suara dari pusat untuk bertindak sukarela melakukan perkara seumpama ini khususnya ketika berada di tampuk kekuasaan. Melainkan selepas asakan demi asakan oleh suara dari Sabah dan Sarawak sendiri.
Suara Sabah dan Sarawak mula diberikan perhatian  apabila dianggap sebagai talian hayat politik yang menentukan situasi politik  negara. Kini masing-masing berebut undi mereka!
Untuk kedua-dua pihak bertelagah kuasa, tak perlu menangguk di air yang keruh. Mereka yang kritik Dr Mahathir perlu tanya diri sendiri, mengapa mereka, termasuk personaliti politik, parti dan kerajaan negeri pimpinan sebahagian mereka tak mahu menuntut royalti dan autonomi ketika Dr Mahathir memerintah?  Adakah takut hilang kuasa?
Sama juga yang menjanjikan “tawaran baru” mengapa baru dibangkitkan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14?
Di sinilah wacana tandingan politik antara mereka perlu dinilai secara lebih matang tanpa perlu mengambil jalan menyebelah!
– https://www.themalaysianinsight.com

1 comment:

  1. Assalamu alaikum warohmatullahi wabarokatu...
    Mohon maaf bilah kedatangan saya mengganggu. Perkenalkan nama saya Widia Ningrum asal magelang seorang mantan PRT duluh kerja di kota malaka malaysia selama 8 tahun lamanya. Singkat cerita..saya sangat berterima kasih kpd MBAH KARTABAYA atas bantuan beliau melalui pemasangan nomer togel 6D Nya alhamdulillah saya menang RM,257.000 uang indo kurang lebih 770 juta. saya tidak menyangka kalau saya bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH KARTABAYA, saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang alhamdulillah kini sekarang saya sudah punya rumah dan usaha sendiri itu semua atas bantuan beliau. Saya tidak tau harus berbuat apa untuk membalas kebaikan beliau karna banyakNya orang yg saya telpon dari google untuk minta bantuanNya tidak ada satu pun yg berhasil malah hutang saya tambah banyak. Beliau juga bisa membantu melalui pesugihan uang gaib tanpa tumbal, Pelet, Pelaris, Nomer togel 4D/5D/6D.. Bagi anda yg diluar negri maupun dalam negri butuh bantuan beliau jangan takut atau maluh segerah hubungi MBAH KARTABAYA di nomer 085280923347 / +6285280923347 Semua akan berubah Karna kesuksesan ada pada diri kita sendiri. Yakin dan percaya bahwa itu semua akan tercapai berkat bantuan dari mbah dan muda2han anda cocok dan beliau bisa membantu anda seperti saya. Sekian dan terima kasih atas tumpangannya semoga dengan adaNya pesan singkat ini semua bisa merubah nasib...





    Wassalam...




    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.