`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, September 15, 2020

Ahli MIC buat laporan SPRM terhadap bekas pemimpin berkait 114 ekar tanah

M Lokanathan (kemeja jingga) bertemu pemberita selepas membuat laporan terhadap bekas pemimpin MIC berkaitan 114 ekar tanah ladang sawit.
PUTRAJAYA: Seorang ahli MIC, M Lokanathan, membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap bekas pemimpin partinya berkaitan 114 ekar tanah ladang sawit.
Ahli MIC Sungai Siput itu menyeru SPRM menyiasat dakwaan sekitar pindah milik tanah milik Koperasi Kebangsaan Permodalan Tanah Berhad (KKPTB) kepada sebuah syarikat.
Lokanathan, yang juga ahli KKPTB, mendakwa tanah itu yang sepatutnya dijual pada harga RM68,000 seekar, berdasarkan nilai pasaran, dijual pada harga RM11,200 seekar.
“114 ladang sawit ini dipindah milik kepada sebuah syarikat yang mana beliau merupakan salah seorang pengarah,” katanya kepada pemberita selepas laporan dibuat.
Menurut Lokanathan, tanah itu diwujudkan bekas presiden MIC, V T Sambanthan, untuk pekerja Ladang Dovenby di Sungai Siput, Perak.
“Tanah itu sebenarnya untuk pembangunan perumahan bagi rakyat dan ahli koperasi seperti dijanjikan semasa pilihan raya umum ke-11 (2004),” katanya.
SPRM mengesahkan menerima laporan Lokanathan. FMT sedang mendapatkan reaksi bekas pemimpin MIC itu. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.