`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, September 5, 2020

Cadangan Parti Putra Untuk AGIH Tanah Musang King Kepada Veteran Tentera.

Konsep AGIH Dan Penyelesaian Tanah Musang King 
Saya ada sedikit cadangan di sini yang mungkin tuan-tuan akan setuju atau tidak setuju. Saya tertarik juga dengan kenyataan Parti Putra bahawa tanah Musang King itu ditukar status jadi tanah Rizab Melayu dan di AGIH kepada veteran tentera (perajurit) yang telah banyak berjasa kepada negara. 
Maksudnya Parti Putra tidak setuju tanah Musang King itu di AGIH kepada orang kaya saja.



Memanjangkan sikit cadangan Putra itu, saya rasa mesti ada kumpulan lain yang juga telah banyak berjasa kepada negeri Pahang dan negara yang juga boleh di AGIH sedikit tanah Musang King kepada mereka.
Contohnya kaum guru sekolah dan guru besar (dari seluruh negara) yang telah banyak berkorban mengambil posting ke kawasan pedalaman di Pahang untuk mengajar di sekolah-sekolah. Beratusan ribu anak-anak negeri Pahang telah dididik dan dibimbing oleh guru-guru sekolah dan guru besar. Untuk mengenang jasa mereka why not give them sebahagian daripada tanah Musang King itu? 
Begitu juga kaum ibu tunggal yang makin ramai dan mereka menghadapi pelbagai cabaran hidup. Mereka juga mempunyai persatuan yang berpengalaman membantu membela nasib kaum ibu tunggal. Jika persatuan ibu tunggal diberi sebahagian daripada tanah Musang King itu mungkin hasilnya akan membantu kaum ibu tunggal sedikit sebanyak.
Dan ramai lagi kumpulan dan kelompok yang telah berjasa atau berkorban demi kebaikan negara kita. Apakah mereka tidak layak untuk di AGIH sebahagian daripada tanah Musang King itu?
Apakah tanah Musang King itu hanya perlu di AGIH kepada kelompok yang sudah pun kaya?
Sebab usaha membuka tanah Musang King itu adalah usaha orang lain. Tetapi kerana mereka tidak mempunyai geran atau TOL maka tanah itu telah dirampas balik. 
Jadi soalannya bagaimana kah cara terbaik untuk AGIH tanah itu kepada orang lain? Parti Putra telah membuka cadangan ia itu AGIH lah tanah itu kepada veteran tentera yang pernah berjasa dan berkorban untuk negara dan negeri Pahang. Cuma saya rasa ada ramai kumpulan lagi yang juga telah berjasa dan berkorban untuk negara.  Jangan kita lupakan pengorbanan dan jasa orang lain juga. 

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.