`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, September 5, 2020

Kadi Johor Bahru maut semasa menyelam di Tioman

Kadi daerah Johor Bahru Mohd Fahami Abd Samad dipercayai lemas semasa melakukan aktiviti selam skuba di perairan Kampung Air Batang, Pulau Tioman hari ini.
KUANTAN: Kadi Johor Bahru Mohd Fahami Abd Samad meninggal dunia dipercayai akibat lemas semasa melakukan aktiviti selam skuba di perairan Kampung Air Batang, Pulau Tioman, Rompin kira-kira 150km dari sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Rompin Azari Miskon berkata, Mohd Fahami, 45, yang beralamat di Taman Mutiara Rini, Skudai, Johor dipercayai mula melakukan aktiviti selaman sekitar tengah hari tadi.
“Kematian mangsa disahkan oleh pegawai perubatan Klinik Kesihatan Kampung Tekek, Pulau Tioman pada 1.57 tengah hari yang turut memaklumkan perkara itu kepada anggota polis di pulau tersebut.
“Pemeriksaan awal terhadap jenazah mangsa mendapati tiada kecederaan atau luka terbuka pada tubuhnya. Jenazah dibawa ke Hospital Rompin untuk bedah siasat bagi mengetahui sebab kematian,” katanya semasa dihubungi di sini.
Azari berkata, pihaknya juga sudah merakam percakapan saksi, pegawai perubatan dan jurulatih menyelam bagi membantu siasatan.
Mohd Fahami merupakan antara penyelam yang terlibat dalam program melarutkan abu al-Quran ke laut yang berlangsung di Pulau Tinggi, Mersing, Johor pada 26 Ogos lepas. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.