`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, September 15, 2020

Elak salam dengan pengundi, kata Muhyiddin

Muhyiddin Yassin.
PETALING JAYA: Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hari ini menasihatkan calon bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah supaya mengelak daripada bersalaman dengan pengundi, sebagai langkah mencegah penularan wabak Covid-19 di negeri itu.
Katanya, dalam menghadapi PRN terdapat peningkatan ketara terhadap kes baharu Covid-19 di Sabah khususnya di Tawau dan Lahad Datu.
“Kepada petugas pilihan raya, pastikan semua aktiviti kempen dijalankan mengikut SOP ditetapkan Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara. Dalam keadaan biasa, semasa musim pilihan raya ini ramai akan berkumpul dan bersalaman.
“Nasihat saya elakkanlah sebarang perkumpulan di tempat sesak dan sempit. Elakkan juga bersalaman dengan pengundi. Saya fikir pengundi faham kalau mereka turun berkempen tidak menghulurkan tangan untuk bersalaman,” katanya dalam perutusan khas perdana menteri berhubung situasi semasa Covid-19 malam ini. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.