`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, September 15, 2020

Undang-undang Islam tak pecah belah masyarakat majmuk, kata menteri agama

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata undang-undang Islam itu sendiri sifatnya inklusif dan progresif yang sesuai dengan peredaran masa.
KUALA LUMPUR: Dakwaan menyatakan undang-undang Islam boleh memecahbelahkan keharmonian masyarakat majmuk di negara ini tidak berasas, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Zulkifli berkata, jika rakyat pelbagai kaum dan agama dapat memahami serta menghayati Perlembagaan Persekutuan serta sistem perundangan Islam di Malaysia, kerajaan yakin perundangan Islam bukan suatu isu yang sensitif.
“Undang-undang Islam itu sendiri, sifatnya inklusif dan progresif yang sesuai dengan peredaran masa.
“Ini kerana prinsipnya bersifat menyantuni semua kaum dan golongan masyarakat sama ada orang Islam dan orang bukan Islam,” katanya semasa menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Negara hari ini.
Hukuman dalam Islam juga, katanya, bersifat mendidik, bukan untuk menghukum semata-mata, justeru, adalah tidak berasas sama sekali dakwaan bahawa undang-undang Islam boleh memecahbelahkan keharmonian masyarakat majmuk.
Sementara itu, Zulkifli mengakui berlaku ketidakharmonian serta pertindihan antara 2 sistem perundangan diamalkan oleh negara iaitu perundangan sivil dan syariah.
Beliau berkata, sehubungan itu kerajaan sentiasa mencari jalan penyelesaian terbaik untuk mengharmonikan perundangan sivil dan syariah tanpa prejudis.
Zulkifli berkata, namun perkara paling utama adalah kedua-dua sistem perundangan itu bertujuan untuk mencari, memberi dan mencapai keadilan.
“Apabila matlamat ini jelas, maka usaha untuk mengharmonikan kedua-dua sistem perundangan ini akan menjadi lebih mudah,” katanya.
Beliau berkata, antara usaha yang giat dijalankan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dalam usaha memperkasakan mahkamah syariah termasuk cadangan peningkatan peringkat mahkamah syariah, pindaan undang-undang substantif dan undang-undang prosedur. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.