`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, September 7, 2020

Langgar kuarantin: Jurutera warga England dipenjara 2 hari, denda RM5,000

Jurutera warga England John Alan Forsyrh didapati tidak mematuhi perintah sah dikeluarkan oleh pegawai yang diberi kuasa mengikut Seksyen 15 (1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan melanggar peruntukan Seksyen 22 (b) akta sama pada 20 Julai lepas.
KUALA LUMPUR: Gara-gara mengunjungi sebuah bank di Bangsar, ketika masih berada dalam tempoh kuarantin, seorang jurutera warga England dipenjara 2 hari dan denda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Majistret Mohammad Aizat Abdul Rahim menjatuhkan hukuman itu terhadap John Alan Forsyrh, 64, selepas dia mengaku bersalah ketika pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa dalam bahasa Inggeris.
Mahkamah turut memerintahkan lelaki itu dipenjara 2 bulan lagi sekiranya gagal membayar denda tersebut.
Mengikut pertuduhan, Forsyrh didapati tidak mematuhi perintah sah dikeluarkan oleh pegawai yang diberi kuasa mengikut Seksyen 15 (1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan melanggar peruntukan Seksyen 22 (b) akta sama pada 1.50 tengah hari, 20 Julai lepas.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 24 (a) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 2 tahun atau denda atau kedua-duanya.
Tertuduh yang diwakili peguam Muhammad Syafiq Salleh merayu hukuman berbentuk denda dengan alasan tertuduh memberi kerjasama yang baik sepanjang ditahan oleh pihak berkuasa.
“Tertuduh telah berkhidmat lebih 20 tahun di Malaysia dan sudah tua, kini tinggal berseorangan di sini dan keluarganya menetap di England,” katanya.
Timbalan pendakwa raya Abdul Khaliq Nazeri, bagaimanapun memohon hukuman setimpal dikenakan ke atas tertuduh mengambil kira keseriusan kes tersebut.
“Pihak pendakwaan memohon hukuman yang setimpal terhadap tertuduh sebagai pengajaran bukan sahaja kepada dirinya, tetapi juga kepada masyarakat umum, supaya mematuhi perintah kuarantin,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.