`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, September 7, 2020

SPRM siasat dakwaan berkait tanah di Perak

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan siasatan terhadap laporan dibuat Naib Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Hamidah Osman, berhubung dakwaan pemberian tanah.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Ahmad Khusairi Yahaya memaklumkan aduan itu susulan tersebar surat bertajuk “surat karam” di media sosial baru-baru ini.
“SPRMberharap semua pihak tidak mengulas lanjut serta memberikan ruang bagi siasatan dijalankan secara telus dan profesional,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu, Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu sedia bekerjasama dengan siasatan SPRM berhubung dakwaan yang terkandung dalam “surat layang” baru-baru ini.
Satu laporan dibuat Naib Presiden Putra, Hamidah Osman, selepas tular surat mendakwa lebih 1,200 hektar tanah diberikan kepada individu yang dikaitkan dengan Faizal. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.