`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, September 22, 2020

‘Rasul Melayu’ ketika dipenjara dakwa sudah taubat, kata menteri

 

Zulkifli Mohamad Al-Bakri

PUTRAJAYA: Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Zulkifli Mohamad Al-Bakri, mendedahkan “Rasul Melayu”, yang ditangkap kelmarin, memberitahunya dalam suatu pertemuan di Penjara Kajang bahawa dia sudah bertaubat.

“Bila orang dah bertaubat, kita terima. Malah sampai saja di Selangor, dia ada buat istitabah (memohon taubat),” katanya ketika ditemui selepas himpunan jawatankuasa fatwa seluruh Malaysia hari ini.

Zulkifli mengulas penahanan Abdul Kahar Ahmad di Selangor kelmarin, bersama 16 pengikut iaitu 9 lelaki dan 8 wanita berusia antara 14 hingga 70 tahun, di Kemensah, Sungai Long, dan Keramat.

Dia dibebaskan pada Mei 2016. Pada Okt 2009, Mahkamah Tinggi Syariah memerintahkan Kahar dipenjara 10 tahun, denda RM16,500, dan 6 sebatan bersabit kes penyebaran ajaran sesat.

Kahar dipercayai mengamalkan ajaran yang difatwakan sesat pada 1991. Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Mohd Shahzihan Ahmad, dilapor berkata, melalui risikan dan maklumat awam, ajaran itu dipercayai kembali aktif dengan modus operandi baharu dan berinteraksi dengan pengikut menerusi aplikasi perbualan dan laman sosial.

Jais sedang mengesan 80 lagi individu berdasarkan penyertaan mereka mereka dalam kumpulan aplikasi perbualan itu. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.