`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, September 12, 2020

Waktu operasi restoran, kedai serbaneka kekal hingga 12 tengah malam

Keputusan mengekalkan waktu operasi restoran dan kedai serbaneka sehingga 12 tengah malam bertujuan memudahkan pemantauan DBKL serta agensi lain.
PETALING JAYA: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memutuskan waktu operasi premis perniagaan di ibu kota dikekalkan sehingga 12 tengah malam sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP), walaupun Majlis Keselamatan Negara (MKN) membenarkan perniagaan restoran dan kedai serbaneka dibuka sehingga 2 pagi.
“Sepanjang tempoh PKPP, DBKL bersama agensi lain menjalankan pemantauan dan pemeriksaan terhadap pematuhan SOP ke atas 7,200 premis perniagaan di sekitar Kuala Lumpur dan mendapati tahap pematuhan SOP masih perlu dipertingkatkan.
“Keseragaman waktu ini adalah bagi memudahkan pemantauan dilaksanakan oleh DBKL dan agensi lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Khamis lalu, Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Majlis Keselamatan Negara memutuskan perniagaan operasi premis dibenarkan sehingga 2 pagi. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.