`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, January 27, 2021

Doktor dikaitkan 16 kes pemalsuan dokumen untuk perolehi faedah Perkeso

 

Perkeso sedang bekerjasama dengan polis untuk mengenal pasti dokumen terbabit yang digunakan doktor wanita itu bagi membantu siasatan.

KUALA LUMPUR: Seorang doktor di Pulau Pinang disyaki terbabit dalam sekurang-kurangnya 16 kes pemalsuan dokumen rekod pesakit untuk tuntutan insurans dan faedah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Ketua Eksekutif Perkeso, Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, kegiatan doktor wanita di hospital kerajaan itu dikesan menerusi siasatan awal pihaknya dan polis.

Katanya, Perkeso sedang bekerjasama dengan polis untuk mengenal pasti dokumen yang terbabit bagi membantu siasatan.

“Berdasarkan beberapa dokumen yang dikemukakan untuk pengesahan, Perkeso mendapati ia diproses untuk pembayaran tuntutan faedah.

“Hasil siasatan awal juga mendapati sekurang-kurangnya 16 kes dapat dikaitkan dengan pegawai perubatan itu,” katanya dalam kenyataan.

Kelmarin, polis mendedahkan seorang doktor wanita di sebuah hospital di Seberang Jaya disiasat berhubung pemalsuan dokumen dan penggunaan cap jawatan milik rakan sekerjanya bagi membuat permohonan insurans dan tuntutan Perkeso untuk pihak lain.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pulau Pinang, Mohd Rosni Mohd Lazim dilaporkan berkata, timbalan pengarah hospital berkenaan membuat laporan polis, selepas seorang pakar mendapati cap rasmi jawatannya digunakan pihak lain. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.