`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, January 7, 2021

Kesilapannya Terletak Pada Orang Melayu, This Is An Exclusively Malay Problem - Mengulas Latest Artikel Feisal Tehrani


  • Saya boleh membawa banyak bukti pemimpin Melayu menjadikan kita rakyat sebagai lapik kaki mereka. 

  • Untuk itu kita wajar melihat perangai Melayu, khususnya dari Pantai Timur. Sangat pula berkebetulan Annuar Musa dan Abdul Hadi Awang  misalnya berasal dari Kelantan dan Trengganu.

  • Pemimpin Melayu jika berperang, mereka tidak sanggup berbunuhan sesama sendiri. Pemimpin sayang nyawa mereka. Mereka cintai dunia. Mereka tidak mahu mati, yang diserahkan untuk mampus ialah rakyat. Haram jadah rakyat.

  • Melayu Islam tidak boleh duduk satu jong melainkan bertengkar, bertekak, dan akhirnya berperang. Pun ketika mereka berperang, mereka mengelakkan mati; yang nanti akan disorong ke tengah untuk mati disembelih ialah rakyat.


Yang berikut adalah satu lagi nukilan oleh Dr Faisal Tehrani yang mencengkam dan menerkam minda. Saya mengulangi artikel Dr Feisal tanpa sebarang editing isinya. Sila baca komen saya sendiri pada penghujungnya. 
  


 


https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/pandangan/2021/01/07/melaknat-pemimpin-melayu-bergaduh/

Jika kita menonton sidang media Annuar Musa yang memperihalkan kekacauan dalam Umno, dan bagaimana ia melibatkan pula PPBM dan PAS; kita akan mengesan beberapa perangai ahli politik Melayu. Satu kata kunci yang paling pejal dan tembam timbul daripada sidang beliau itu ialah ‘Pemimpin Melayu Tidak Mempedulikan Rakyat Bawahan’. Atau saya boleh menghujahkan pula begini, ‘Rakyat Dijadikan Tebusan dan Kepungan’.

Maka orang ramai bertanya kepada saya, “Emang beginikah perangai pemimpin Melayu?”

Saya harus memberikan jawapan yang agak mendukacitakan, “Ya selalunya, malah mungkin hampir setiap kali memang begini”.

Saya boleh membawa banyak bukti pemimpin Melayu menjadikan kita rakyat sebagai lapik kaki mereka. 

Untuk itu kita wajar melihat perangai Melayu, khususnya dari Pantai Timur. Sangat pula berkebetulan Annuar Musa dan Abdul Hadi Awang  misalnya berasal dari Kelantan dan Trengganu.

Ketika Munshi Abdullah belayar ke Kelantan, pada hujung abad ke-19; salah satu yang dikesani oleh Munshi ialah orang Melayu suka bergaduh. Dalam hal ini berperang. 

Pemimpin Melayu jika berperang, mereka tidak sanggup berbunuhan sesama sendiri. Pemimpin sayang nyawa mereka. Mereka cintai dunia. Mereka tidak mahu mati, yang diserahkan untuk mampus ialah rakyat. Haram jadah rakyat.

Jika kita merenung episod pertemuan Grandpre dengan Raja Bendahara Kelantan (terdapat perang saudara) termuat dalam Kisah Pelayaran Abdullah ke Kelantan, kita akan menemukan pemimpin Melayu tidak segan silu untuk “mengepung”, kemudian “mendera” orang tidak bersalah, dalam hal ini rakyat, sehingga menderita. Apabila Grandpre memohon agar suratnya disampaikan kepada Yang Dipertuan Kelantan, Raja Bendahara menjawab begini:

“Maka titah raja itu: ‘Tiada kita benarkan dan tiada kita beri izin, kerana bukannya dia empunya surat ini dan bukan ia Yang Dipertuan Kelantan; lagipun segala sungai sudah kita suruh tutup dan segala jalan pun sudah kita bebat; maka orang itu semuanya sudah terkepung, dan sehelai sirih seringgit tiada boleh dapat dan segala makanan pun tiada’. Maka semuanya orang itu seperti orang mati, tiada ia mengenal manusia lagi; barang siapa lalu ditembaknya; dan kalau tuan-tuan mati salah seorang ditembaknya kelak bukankah kita mendapat celaka kepada Tuan Bonham.”

Apakah punca pertelingkahan dan perang ini? Kuasa.

Jawapannya kuasa. Seperti dirakamkan perbualan Raja Bendahara dengan rombongan Munshi dan Grandpre, semuanya adalah kuasa. Dalam bahagian lain dihuraikan perebutan kuasa ini:

“Dan lagi, dengarlah Tuan Sayid, tatkala marhum ayah saya hendak mangkat, seorang pun tiada dijadikannya gantinya dalam sekalian berempat anak laki-laki melainkan pesannya: ‘Berperanglah engkau sekalian; barang siapa yang menang, ialah yang menjadi Yang Dipertuan di Kelantan ini. Maka aku pun demikian juga dahulu; sebab gagahku dan beraniku, maka aku menjadi raja di Kelantan ini’. Hatta maka marhum pun mangkatlah setelah itu, maka dalam sekalian bersaudara muafakatlah. Maka dijadikan dia raja dalam negeri ini.

“Maka ia memberi gelar akan saya Bendahara dan akan saudara saya yang tengah Temenggong dan seorang lagi Raja Kampung Laut. Maka sekarang inilah balasnya. Maka saya pun tiada mahu nama Bendahara; dan ia pun bukannya Yam Tuan. Maka sekarang barang siapa yang beruntung ialah mendapat kerajaan Kelantan ini.”

Dalam kisah yang sama kita juga akan menemukan pada perbualan Tuan Haji Terengganu dengan gelar Panglima Besar kepada Munshi, di mana Tuan Haji ini mengakui pembesar Melayu memang suka berperang dan tidak mempedulikan rakyat. Mereka sanggup membiarkan hidup rakyat itu nestapa berbanding memberdayakannya.

Oleh itu memang jadah sangatlah Muafakat Nasional, atau Perikatan Nasional atas nama Melayu. Kelekatan Islam itu hanya pelekat liplap tipuan. Ini kerana, untuk rekod; Melayu Islam tidak boleh duduk satu jong melainkan bertengkar, bertekak, dan akhirnya berperang. Pun ketika mereka berperang, mereka mengelakkan mati; yang nanti akan disorong ke tengah untuk mati disembelih ialah rakyat.

Adalah melucukan sekali jika ada dalam kalangan kita masih mempercayai pemimpin politik Melayu ini. Mereka tiada nilai. Tiada harga diri. Ini bukan saya yang cakapkan, ini malah disebut oleh tuanku Sultan Nazrin ketika menegur perangai pemimpin Melayu di Perak. Apa titah baginda?

“Doa rakyat yang merasakan diri mereka teraniaya tidak ada dinding untuk dimakbulkan Ilahi, janganlah rakyat dianiayai kerana dipengaruhi emosi berdendam dan pemikiran politik yang jumud.”

Jadi tuanku Sultan Nazrin yang memakai kata jumud itu. Bukan saya. Maka bukanlah sangat keterlaluan jika kita mengatakan pemimpin Melayu itu tidak minat untuk melindungi kita rakyat, bahkan mereka memang sangat suka menghukum dan menindas rakyat. Waima parti Melayu apa pun mereka. Ini mendorong Sultan Nazrin bertitah:

“Sama ada diwakili oleh ADUN PN atau PH, sama ada orang Melayu, Orang Asli, orang Cina, dan orang India, begitu juga penganut Islam, penganut Kristian, penganut Hindu, dan pengikut Buddha, serta yang berpegang kepada pelbagai kepercayaan, mempunyai keperluan yang sama, menanggung penderitaan yang sama, memiliki harapan yang sama, menagih perhatian yang sama. Semua rakyat di negeri ini, Melayu, Orang Asli, Cina, India; Islam, Kristian, Hindu dan Buddha, ialah makhluk ciptaan Ilahi; semua mereka rakyat Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak; semuanya mahukan sebuah negeri yang aman lagi makmur, dengan pemerintahan yang melaksanakan keadilan dan membina kerukunan, agar rakyat hidup dalam semangat saling menghormati penuh harmoni.”

Oleh itu, kita boleh menonton Annuar Musa mengata Ahmad Zahid. Kita juga boleh menonton kisah entah betul entah tidak ahli UMNO dibeli supaya menjadi ahli PPBM. Kita juga boleh menonton khabar angin parti UMNO akan diharamkan. Kita boleh menonton semua. Kita seronok menonton tetapi waspada. Yang mati nanti kita, rakyat. Pemimpin akan hidup seribu tahun lagi.

Barang diingat pemimpin ini tidak akan mati. Berapa banyak kes mereka digusurkan tetapi berapa banyak juga digugurkan. Anak-anak mereka boleh bermaharajalela menyorong resume dengan isyarat bin atau binti siapa. Demikian pemimpin Melayu. Jadah. Haram jadah. Sangat.

Janganlah percaya segala apa yang kita tonton seminggu dua ini. Jika Munshi hidup kembali dan menolong catat dalam pojok di Free Malaysia Today seperti hari ini, Munshi akan mengingatkan pembaca sekalian apa yang saya nyatakan di sini: Pemimpin tidak peduli. Mereka ingin melihat kita rakyat mampus. Dalam hati mereka malah menyeru, boleh pergi mati.

Duhai anak-anak di pusat perlindungan bencana yang mana berlaku kerana tangan pemimpin rakus membalak; duhai anak-anak yang tercicir pelajaran kerana peningkatan kes Covid-19 ekoran ketidakcekapan pemimpin dan kegilaan mereka kepada kuasa; marilah sama-sama kita melaknat pemimpin Melayu dulu dan kini yang membuat kita merana.

Kita laknat mereka sama-sama. Kita laknat.

Laknat daripada kita untuk mereka.

Laknat.

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.


My comments :

Pertama sekali, saya melihat orang Melayu ini sangat gila mempercayai perkara yang karut, kolot, tidak lojik, tidak rasional, tidak masuk akal and just simply stupid things. 

Lagi kolot, lagi karut, lagi tak masuk akal, maka lagi kuatlah orang Melayu akan percaya benda itu.  And this has a heavy cost.  Kekolotan ini membawa kepada kalut, padah dan juga bala yang besar. 

Apabila kita suka kepada yang kolot, karut, tidak gunakan akal, takut dan dunggu maka akibatnya pasti ada orang lain yang akan pijak atas bahu kita dan kencing atas kepala kita.  Biar saya jamin 100% kita akan di kencing.  Dan itu juga adalah kesimpulan apa yang ditulis oleh Feisal Tehrani di atas.

Umat manusia telah 20 tahun mengharungi abad ke 21, dengan mempunyai bas pandu sendiri (daripada alam science fiction) di negeri China, dengan keajaiban sains perubatan dan farmasi yang boleh keluarkan vaksin corona virus dalam jangka masa paling singkat 12 bulan sahaja, dengan umat manusia yang boleh berkomunikasi di seluruh dunia (mungkin lebih pantas daripada wahyu yang dibawa malaikat) secara instant menerusi video call dengan harga beberapa sen sahaja (WhatsApp contohnya). 

Sedihnya (dan anehnya) dalam segala pemodenan, keajaiban dan fantasia sains dan teknoloji abad ke-21 ini umat Melayu pula masih boleh tergoyah oleh cerita hantu ketuk pintu.

Ramai orang Melayu tidak mahu fikir kenapa hantu ketuk pintu itu 'bersara' apabila kawasan operasinya sudah pun ditenggelami air banjir dan dilanda hujan lebat.  Apakah  hantu itu tidak mempunyai baju hujan? Bagi mereka yang masih dunggu apa yang saya maksudkan ialah itu bukan hantu lah, cuma  bebudak entah mana yang tunjuk perangai. Hantu itu kepercyaan karut. There is no hantu ketuk pintu.

Tetapi percayalah selepas musim hujan berlalu hantu ketuk pintu itu akan timbul sekali lagi. Dan akan jadi tajuk bincangan sekali lagi dalam media dan tv. Begitulah minat orang Melayu terhadap perkara yang kolot dan dunggu.

Satu lagi perkara yang misteri ialah apakah hantu ketuk pintu itu adalah anak DEB (Dasar Ekonomi Baru), hantu itu racist, hantu itu percaya "ketuanan Melayu" atau ketiga-tiga sekali.  Sebab dari Sungai Besar ke Jerantut, Temerloh dan tempat lain hantu itu hanya ketuk pintu rumah orang Melayu. Dia tak ketuk pun pintu rumah bukan Melayu. Woi, hantu pun boleh anti "bukan Melayu" ke?  Yenna dey?

Feisal Tehrani juga rujuk titah ucapan Baginda DYMM Sultan Perak.  

Baginda Sultan berkuasa mutlak atas hal ehwal agama dalam negeri jajahan Baginda. Maka adalah di bawah kuasa Baginda untuk menjaga  dan menjamin :

"Semua rakyat di negeri ini, Melayu, Orang Asli, Cina, India; Islam, Kristian, Hindu dan Buddha, ialah makhluk ciptaan Ilahi; semua mereka rakyat Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak; semuanya mahukan sebuah negeri yang aman lagi makmur, dengan pemerintahan yang melaksanakan keadilan dan membina kerukunan, agar rakyat hidup dalam semangat saling menghormati penuh harmoni."

Contohnya Baginda DYMM Sultan Johor seringkali mengambil tindakan tegas atau sekurangnya suarakan ketidakpuasan hati Baginda kalau berlaku perkara sumbang atau songsang yang lahir daripada isu agama, isu perkauman dsbnya dalam jajahan Baginda.  

Malangnya di negeri lain (lebih daripada satu negeri) kita pernah melihat pihak Polis terpaksa tegur, menasihati atau memberi amaran kepada mufti negeri jangan ungkit isu agama yang sensasi dan tidak benar (isu Melayu masuk Kristian secara beramai), jangan terlibat dengan puak ekstremis (isu puak ISIS dibantu bertapak dalam negeri mereka) dsbnya. Jabatan mufti semuanya terletak di bawah telunjuk DYMM Sultan dan Raja.  Al Sultan memegang absolute power atas pejabat mufti, pejabat kadi dan pejabat agama negeri. 

Semoga DYMM Raja dan Sultan Melayu mengambil pendirian tegas, mengikut bidang kuasa dan tanggungjawab mereka yang dikhususkan oleh Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang tubuh negeri masing-masing untuk menjamin keadilan dan harmonis masyarakat dalam negeri mereka.

Bahaya besar ialah tidak menggunakan akal, tidak menggunakan lojik dan tidak menggunakan fikiran rasional. Inilah bahaya besar. 

Sebab perkara yang karut, kolot, tidak lojik, tidak rasional itu tidak boleh dilihat, tidak boleh diukur, tidak boleh dipegang dalam tangan dan tidak perlu bukti.

Hari ini semua orang sudah ada smartphone dengan kamera dan videonya. Tetapi sampai hari ini (dan sampai hari kiamat) tiada sebiji pun smartphone boleh merakamkan gambar hantu. Why? Sebab memang hantu itu tidak wujud.  

Jadi kepercyaan kepada hantu itu adalah kepercayaan yang tidak lojik atau mempunyai bukti. Jadi orang yang menjaja cerita hantu itu sangat perlu kepada kedungguan dan kebebalan manusia yang tidak lojik, tidak rasional dan tiada mempunyai bukti.  

Geng lebai penipu kata kalau masuk parti mereka, boleh masuk syurga. Siapa boleh bukti boleh masuk atau tak boleh masuk syurga siapa pun? Siapa boleh bagi Sijil atau tiket untuk masuk syurga? Memang tak ada. Yang ada hanya janji kosong. 'Tiket masuk syurga' mereka tidak boleh dilihat, tidak boleh dipegang, tidak boleh diukur dan tidak boleh wujud. 

Akhir kalam siapakah akan bimbing masyarakat Melayu untuk membuang tabiat percaya perkara yang karut dan palsu? Sebab selagi masyarakat Melayu percaya perkara karut marut maka selama itulah masyarakat Melayu akan menjadi mangsa orang yang tahu cara mana manipulasi kepercayaan mereka. Its as simple as that.

Bolehkah masyarakat Melayu berharap kepada geng lebai untuk membimbing mereka meninggalkan Twilight Zone dan memasuki alam cerah dan cahaya ?



Surah 33:43 (sebahagian)  'li yuhrijakum minal zulumaati ilan noor' - untuk membawa kamu daripada kegelapan (zulumaati) masuk ke dalam cahaya (noor).

The answer is NO. Sebab too frequently - terlalu kerap kali - puak lebai sendiri menjadi hantu jerangkung yang lagi jahat. Pendek kata tidak ada sesiapa pun yang boleh membimbing orang Melayu kecuali orang Melayu sendiri. 

Tidak ada sesiapa yang boleh mengubah nasib masyarakat Melayu kecuali masyarakat Melayu mengambil pendirian dan mengambil tindakan untuk mengubah nasib mereka sendiri.





Surah 13:11 (sebahagian)  :   "Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri."

Kita kena tongsampahkan kedua puak politik dan geng lebai itu. Kalau tak cukup ubat bedil, kita sasarkan dulu geng lebai yang bermain politik itu.  Merekalah dunggu al wahid tahap gaban.

The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.