`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, February 16, 2021

24 bom asap ditemui pemandu lori sampah

 

(Gambar Bernama)

Dungun: Seorang pemandu lori sampah terkejut besar selepas menemui 24 butir bom tangan dipercayai bom asap ketika sedang bekerja di tapak pembungan sampah, Felda Kerteh 3, Ketengah Jaya di sini, semalam.

Menurut laporan Harian Metro hari ini, pemandu lori berusia 35 tahun itu, menemui bahan letupan yang dipercayai untuk kegunaan latihan di dalam sebuah kotak ketika sedang menjalankan kerja-kerja pembuangan sampah, pada jam 4 petang.

Ketua Polis Daerah Dungun, Baharudin Abdullah berkata, kerana curiga, pemandu itu tergerak memeriksa kandungan kotak terbabit dan terkejut besar sebaik melihat objek seperti bom sebelum segera beredar dari situ.

“Bagaimanapun, bimbang kejadian buruk akan berlaku, dia pergi semula ke lokasi berkenaan pada kira-kira jam 10 malam, hari sama bersama empat rakan. Penemuan itu turut dimaklumkan kepada Ketua Pengerusi Belia kawasan dan polis.

“Sebaik dimaklumkan penemuan pada 11.30 malam, pasukan dari Bahagian Persenjataan Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun bergegas ke lokasi dan pemeriksaan lanjut menemukan 24 objek menyerupai bom tangan.

“Siasatan mendapati ia seperti bom tangan biasa digunakan untuk latihan, kebiasaannya bagi latihan asap oleh anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU),” katanya di sini, hari ini.

Baharudin berkata, siasatan turut mendapati kesemua objek itu tidak memiliki nombor siri dan tiada kecacatan selain belum digunakan.

Katanya, pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut bagaimana bahan letupan itu berada di tapak pembuangan sampah.

Sementara semua objek terbabit akan dilupuskan di Lembah Bidong, Setiu, minggu hadapan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.