`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, February 28, 2021

P Pinang mula program imunisasi Covid-19

 

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow diberi suntikan vaksin Covid-19 jenis Pfizer-BioNTech pada upacara permulaan Program Imunisasi Covid-19 di Hospital Pulau Pinang. (Gambar Bernama)

GEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow menerima suntikan vaksin Covid-19 pada 10.25 pagi tadi di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Hospital Pulau Pinang (HPP), sekali gus menandakan bermulanya Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan peringkat negeri.

Chow menerima suntikan bersama 11 individu lain iaitu Ketua Polis Pulau Pinang Sahabudin Abd Manan, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Menteri II Dr P. Ramasamy, Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang Abdul Razak Jaafar dan Pengarah Kesihatan Negeri Pulau Pinang Dr Asmayani Khalib serta enam petugas perubatan awam negeri.

“Saya berharap fasa pertama Program Imunisasi Covid-19 Peringkat Negeri Pulau Pinang yang melibatkan lebih kurang 31,000 petugas barisan hadapan dapat disempurnakan.

“Pulau Pinang sudah menerima bekalan vaksin pertama (pada 21 Feb) dan akan terima lima lagi penghantaran melibatkan 62,000 dos bagi menyempurnakan fasa pertama ini,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini selepas menerima suntikan vaksin.

Mengulas tentang pengalaman beliau hari ini, Chow berkata proses suntikan itu yang dikendalikan oleh penyelia jururawat HPP Matron Hafizah Hamzah, sangat lancar dan tidak menyakitkan.

Semua 12 individu yang menerima suntikan vaksin hari ini akan menerima dos kedua kira-kira 21 hari kemudian. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.