`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!





Sunday, February 28, 2021

Parti mana yang asyik berpolitik ketika Covid-19, soal veteran Umno

 

Shahrir Samad berkata, berpolitik paling kencang ialah apabila Ahli Parlimen mengetepikan mandat parti dan pengundi.

PETALING JAYA: Veteran Umno, Shahrir Samad membidas Perikatan Nasional (PN) yang menggesa ahli politik berhenti berpolitik ketika pandemik, selepas dua Ahli Parlimen PKR meninggalkan parti itu untuk menyokong pakatan kerajaan.

Ketua Umno daerah Johor Bahru menerusi catatan di Facebook mempersoalkan parti mana yang sibuk berpolitik ketika negara berusaha mengekang penularan Covid-19.

“Yang dituduh ‘asyik berpolitik’ ialah Umno, lebih-lebih lagi semasa wabak Covid-19 dan perlunya fokus kepada memerangi wabak tersebut,” katanya sambil menambah PN dilihat meningkatkan jumlah sokongannya dan membuat persiapan untuk mengadakan pilihan raya umum mengejut.

Beliau berkata: “Dengarnya berita sampai lima Ahli Parlimen yang melompat bawa kerusi mereka sekali untuk kuatkan bilangan PPBM dan PN. Ini bukan politik yang paling kencang?”

Terdahulu, Ahli Parlimen Julau, Larry Sng dan Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong meninggalkan PKR serta menyatakan sokongan kepada Muhyiddin.

Shahrir turut membidas tindakan wakil rakyat mengetepikan mandat pengundi.

“Berpolitik paling kencang ialah apabila Ahli-ahli Parlimen ketepikan mandat parti dan pengundi untuk ‘lompat’ ke parti baru.”

Beliau turut bertanya bila Dewan Rakyat akan mula bersidang memandangkan PN sudah “cukup kuat” sekarang.

“Yang di-Pertuan Agong sudah bertitah. Timbalan speaker sudah pun berikan kaedah munasabah supaya Parlimen tidak terus ‘dimandulkan’.

“Lebih kurang sama dengan pandangan Speaker, Azhar Harun.” - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.