`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, February 27, 2021

Sedikit Sejarah MPAJA Dan Zaman Jepun

 



  • KL, Feb 25 — Form 4 History checked by multiracial history experts in April 2018
  • sent to govt bodies like National Archives, National Museum for review, MOE said
  • April 24, 2018 scrutinised validated (diteliti, disemak, diperakui sah)
  • by expert panel on MOE’s history curriculum and history textbook
  • history experts, totalling (7) from various specialities, races ministry said 
  • Form 4 History based on 2011-2012 report by a special committee 
  • MOE obtained verification of historical facts 
  • from Archives, Museum, Historical Society, Election Commission, state secretary
  • Form 4 History textbook complied “accuracy of facts”
  • A few days ago police report about Form 4 History textbook 

My comments :

Saya telah pun baca beberapa perenggan berkenaan MPAJA dalam buku sejarah Tingkatan 4 itu.  Di sini saya ingin kongsi sedikit knowledge saya berkenaan sejarah MPAJA, Parti Komunis Malaya dan begitu. 

Untuk pengetahuan Pemuda antara hobi saya adalah membeli collection buku-buku (dan membaca buku-buku itu) berkenaan sejarah komunis dan pengaruh komunis bukan saja dalam negara kita tetapi juga di rantau kita.

Yang kita perlu faham ialah sebelum Jepun menawan negara kita pada 7hb Disember 1941 mereka telah melanggar tanah besar Cina (sejak Marco Polo Bridge incident pada 1937).  

Kebetulan juga pada zaman itu negeri China sedang menyaksikan Civil War antara puak komunis (Mao Tse Tung) dan puak Kuomintang (Chiang Kai Shek). Bila Jepun mulakan peperangan besar-besaran untuk menawan keseluruhan negeri China kedua pihak Mao Tse Tung dan Chiang Kai Shek telah mulakan serangan balas untuk menentang Jepun. Dan pada satu ketika puak Mao Tse Tung dan puak Chiang Kai Shek telah bersatu untuk melawan penceroboh Jepun. 

Ramai orang China di seluruh rantau Asia Tenggara telah kehilangan saudara dan sahabat yang dibunuh oleh tentera Jepun di negeri China. Akibat daripada pencerobohan Jepun di China, maka ramai persatuan penyokong China (overseas Chinese atau Nanyang)  ditubuhkan di seluruh Asia Tenggara termasuk tanah Malaya. Tujuan utama mereka ialah untuk mengutip duit untuk bantu tentera negeri China lawan pencerobohan Jepun.

Di Malaya pada waktu itu orang China juga sokong samada puak komunis Mao Tse Tung atau puak Kuomintang pimpinan Chiang Kai Shek.

Antara penyokong besar Kuomintang di Malaya adalah Tun Dato Sir Tan Cheng Lock, pengasas Malayan Chinese Association (MCA)  dan ayah kepada Tun Tan Siew Sin - Menteri Kewangan kita yang terawal. 

Setelah Jepun mendarat di Kota Bharu dan mula mara ke selatan Semenanjung, pihak British telah berusaha menyatukan kumpulan-kumpulan anti Jepun di Malaya dan Singapura dengan tujuan untuk menentang Jepun. Ini termasuk menjalin kerjasama antara Parti Komunis Malaya (Communist Party of Malaya) dan pihak Kuomintang yang juga beroperasi di Malaya dan Singapura.  

Fastforward - pada tahun 1943 Jepun telah pun menduduki tanah Semenanjung selama dua tahun. Puak Parti Komunis Malaya beroperasi secara underground di merata tempat. Termasuk Chin Peng dan kekawannya di Sitiawan dan Lumut di Perak. 

British telah menubuhkan Force 136 yang berpangkalan di Sri Lanka dan mula pada 1943 British telah infiltrate atau menyeludup masuk tentera komando Force 136 ke tanah Semenanjung. Ini termasuk komando Melayu serta tentera Kuomintang yang telah dilatih oleh British di Sri Lanka dan India. 

Antara tentera Kuomintang yang di infiltrate masuk ke Malaya adalah seorang lelaki Cina bernama Lim Bo Seng yang dilahirkan di Singapura.   Lim Bo Seng bersama beberapa komando British telah mendarat di Lumut pada November 1943 di mana mereka disambut oleh Chin Peng sendiri. 

Oleh kerana Chiang Kai Shek (Kuomintang) dan Mao Tse Tung (komunis) di tanah besar China telah setuju bekerjasama menentang Jepun maka  puak komunis di Malaya pun tiada halangan bekerjasama dengan Kuomintang di Malaya. 

Maka pada 1hb Januari 1944, Komunis (diwakili ketua mereka Lai Tek yang menggunakan nama palsu Chan Hong) Kuomintang (diwakili Lim Bo Seng yang menggunakan nama palsu Tan Choong Lim) serta komando British Force 136 telah menandatangani perjanjian kerjasama yang dikenali sebagai Blantan Agreement di Bidor, Perak.  Sehingga Jepun ditewaskan pada 15hb Ogos 1945, kedua pihak Kuomintang dan puak Komunis telah menjalin kerjasama di Malaya. 

Sedihnya Lim Bo Seng wakil Kuomintang telah ditangkap oleh Jepun pada 1944 dan telah meninggal dunia di penjara Batu Gajah pada 29 Jun 1944. Untuk mengenang jasa Lim Bo Seng menentang tentera Jepun, sebatang jalan di bandaraya Ipoh (tempat kelahiran saya) telah diberi nama Jalan Lim Bo Seng.


Jadi pihak Kuomintang telah bekerjasama rapat dengan puak MPAJA (Malayan People's Anti Japanese Army). 

Selepas Jepun tewas dan Perang Dunia tamat hampir kesemua penyokong Kuomintang di Malaya telah memasuki MCA (yang juga menjadi sekutu politik Umno yang paling setia hingga ke hari ini). Yang berikut adalah bendera Kuomintang dan bendera MCA. Boleh kah anda bezakan yang mana satu bendera MCA dan Kuomintang?



Oleh kerana kaum China di Malaya pada zaman itu sudah lama di-organise secara besar-besaran untuk mengutip dana, menghantar sukarelawan dsbnya untuk menentang pencerobohan Jepun di China maka apabila Jepun tiba di Malaya mereka telah menindas dan menzalimi orang China dengan begitu ganas. 

Ramai orang mungkin tidak ingat lagi bahawa pembunuhan beramai orang China oleh tentera Jepun di Malaya (yang disebut Sook Ching) telah korbankan lebih 50,000 orang China.   Bilangan sebenarnya adalah lebih tinggi daripada 50,000.  

Jadi bila Jepun menawan Malaya mereka perlu juga kepada perkhidmatan awam untuk mentadbir tanah takluk mereka. Ini termasuk Polis dan pasukan tentera yang antara tugas mereka adalah memburu gerila Komunis dan Kuomintang yang majoriti besar adalah orang Cina. 

Kesimpulannya pada zaman itu Tanah Semenanjung berada di bawah pemerintahan zalim dan ganas tentera Jepun. Semua penduduk Malaya telah menjadi mangsa kezaliman mereka. 

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.