`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, February 23, 2021

Ahli perniagaan didakwa rasuah kakitangan MYEG RM1,700

 

Lai Kim Seong keluar dari Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini selepas didakwa. (Gambar Shaq Ismail for FMT)

IPOH: Seorang ahli perniagaan didakwa di Mahkamah Sesyen atas dua tuduhan memberikan suapan berjumlah RM1,700 kepada seorang pegawai khidmat pelanggan MYEG empat tahun lalu.

Tertuduh Lai Kim Seong, 53, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan meminta dibicarakan selepas tuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan hakim S Indra Nehru.

Lai didakwa melakukan kesalahan itu terhadap kakitangan MYEG Sdn Bhd pada waktu dan tempat berbeza di Ipoh antara 11.40 pagi hingga 3.55 petang 18 Jan dan 13 Feb 2017.

Suapan itu sebagai dorongan untuk mengeluarkan lima keping pas lawatan kerja sementara bagi pekerja asing yang mempunyai pasport, di mana permit itu tidak boleh dikeluarkan memandangkan tertuduh bukan majikan asal mahupun wakil majikan bagi sebuah syarikat.

Dia didakwa mengikut Seksyen 16(b)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, sekiranya sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Nurul Wahida Jalaluddin manakala tertuduh diwakili peguam Amrick Singh Sandhu.

Terdahulu, Nurul Wahida menawarkan jaminan sebanyak RM18,000 kepada tertuduh bagi kedua-dua pertuduhan.

Bagaimanapun, Amrick Singh memohon jaminan dikurangkan kepada RM5,000 kerana tertuduh mempunyai beberapa penyakit yang memerlukan kos rawatan dan masih menangggung seorang anak yang belajar di kolej.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh dijamin RM12,000 bagi kedua-dua pertuduhan dan menetapkan 10 Jun untuk sebutan semula kes. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.