`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, February 4, 2021

Banjir berulang di Serian, 55 mangsa pindah

 

Di daerah Serian, antara kampung yang terlibat ialah Kampung Slabi Entukuh dan Kampung Tebakang Melayu Serian. (Gambar Bernama)

KUCHING: Serian menjadi daerah terbaharu dilanda banjir gelombang ketiga di Sarawak apabila seramai 55 penduduk dari dua kampung di daerah itu dipindahkan sejak petang semalam, menjadikan jumlah keseluruhan mangsa meningkat kepada 140 orang pagi ini.

Laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak menyatakan, 32 mangsa daripada enam keluarga di daerah itu adalah dari Kampung Slabi Entukuh, kira-kira 70km dari bandar raya Kuching, yang kini ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di dewan kampung berkenaan.

Kediaman 23 lagi mangsa daripada lima keluarga dari Kampung Tebakang Melayu Serian, 72km dari Kuching, turut dinaiki air dan memaksa mereka dipindahkan ke PPS di Dewan Sekolah Kebangsaan Tebakang, yang telah beroperasi sejak 4 petang semalam.

Sementara itu, seramai 77 mangsa banjir daripada 27 keluarga dari Rumah Panjang Kulleh, Nanga Embuau di daerah Song, kira-kira 110km dari bandar Sibu, kekal di PPS SK Nanga Embuau yang diduduki mereka sejak Selasa lepas.

Di daerah Tatau, kira-kira 60km dari bandar Bintulu, seramai lapan mangsa daripada dua keluarga dari Kampung Dagang Tatau masih ditempatkan di PPS Dewan Sukan Tatau. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.