`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, February 21, 2021

Cuti-cuti setempat di kawasan PKPB, PKPP saja

 

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Nancy Shukri menyifatkan pengumuman kelonggaran bagi pembukaan sektor pelancongan dan kebudayaan di kawasan PKPB dan PKPP adalah khabar gembira buat penggiat industri pelancongan dan kebudayaan tempatan.

KUALA LUMPUR: Orang ramai diseru memulakan aktiviti pelancongan di lokasi setempat di kawasan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) dan PKPP, susulan kerajaan membenarkan aktiviti pelancongan beroperasi di kedua-dua kawasan berkenaan.

Sambil menasihati orang ramai melancong dengan selamat, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Nancy Shukri berkata langkah itu akan dapat menyokong pertumbuhan sektor pelancongan negara.

Beliau menyifatkan pengumuman kelonggaran bagi pembukaan sektor pelancongan dan kebudayaan di kawasan PKPB dan PKPP adalah khabar gembira buat penggiat industri pelancongan dan kebudayaan tempatan.

“Jadilah pelancong yang bertanggungjawab dengan sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan dari semasa ke semasa dan mempraktikkan amalan norma baharu.

“Insya-Allah, MOTAC (Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya) akan terus bersama penggiat industri pelancongan dan kebudayaan tanah air untuk bangkit semula terutama dalam situasi yang mencabar ini,” katanya dalam kenyataan.

Khamis lepas, Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata aktiviti pelancongan seperti zoo, akuarium dan taman rekreasi di kawasan PKPB dan PKPP dibenarkan beroperasi pada kapasiti 50% keluasan premis, namun bagi kawasan PKP dan PKPD, aktiviti pelancongan keluar masuk di kawasan terbabit tidak dibenarkan.

Kebenaran turut diberikan dengan syarat sama di premis hasil seni budaya dan warisan seperti perpustakaan, muzium, galeri seni, pentas persembahan budaya, pusat hiburan keluarga dan taman tema luar. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.