`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, February 4, 2021

Hotel kos rendah mungkin jadi tempat tinggal pekerja elak kesesakan, kata menteri

 

Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau difahamkan pekerja mungkin ditempatkan di hotel satu atau dua bintang bagi mengelakkan penularan Covid-19.

PETALING JAYA: Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob berkata, hotel kos rendah mungkin dijadikan penginapan pekerja bagi menyelesaikan isu kesesakan di asrama ketika penularan Covid-19.

“Saya difahamkan pekerja tersebut mungkin ditempatkan di hotel satu, dua bintang.

“Saya juga difahamkan Kementerian Sumber Manusia (KSM) akan berbincang dengan majikan, sama ada memilih menyewa rumah atau bilik hotel,” katanya dalam sidang media.

Beliau berkata, majikan perlu menyediakan tempat tinggal lebih selesa dan tempat kerja tidak sesak kepada pekerja bagi mengelakkan penularan Covid-19.

“Saya difahamkan kemungkinan akan ada pindaan dan menerusi peruntukan Ordinan Darurat untuk memberikan tempoh kepada majikan menyediakan tempat tinggal dan perumahan yang baik untuk pekerja mereka.”

Sementara itu, Ismail Sabri memberi amaran kepada majikan yang memotong gaji atau mengarahkan pekerja membayar kos saringan Covid-19.

Katanya, KSM boleh mengambil tindakan terhadap majikan yang didapati menindas pekerja.

“Saya difahamkan oleh KSM, majikan tidak boleh buat tindakan seperti itu dan saya juga difahamkan ramai majikan yang tidak mahu bayar kos saringan bagi pekerja mereka.

“Jadi, saya dimaklumkan KSM akan mewujudkan talian online supaya pekerja yang ditindas boleh menghubungi KSM untuk membuat aduan.” - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.