`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, February 18, 2021

Kerajaan negeri sumbang RM1.5 juta bantu UMS kendali ujian Covid-19

 

Ketua Menteri, Hajiji Noor (dua dari kanan) menyempurnakan simbolik penyerahan sumbangan kepada UMS yang diterima Naib Canselornya, Ramzah Dambul. (Gambar JKM)

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri memberikan peruntukan RM1.5 juta kepada Universiti Malaysia Sabah (UMS) bagi membantu institut pengajian tinggi itu dalam mengendalikan ujian saringan Covid-19.

Simbolik penyampaian bantuan berkenaan disempurnakan Ketua Menteri, Hajiji Noor kepada Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMS, Dr Ramzah Dambul di Pejabat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS), di sini, hari ini.

Sementara itu dalam majlis sama, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Shahelmey Yahya yang juga presiden Majlis Perkhidmatan Masyarakat Sabah turut menyampaikan 5,000 peralatan perlindungan diri (PPE) kepada Hajiji untuk disumbangkan kepada petugas barisan hadapan di Sabah.

Semua PPE itu disediakan oleh pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu

Persatuan Pencegah Batuk Kering Sabah (Sabata), Persatuan Sukarelawan Sabah dan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM).

Dalam pada itu, Bank Rakyat menyampaikan sumbangan RM30,000 kepada kerajaan negeri bagi membantu mangsa banjir di Sabah.

Penyampaian sumbangan itu kepada ketua menteri disempurnakan Ketua Bank Rakyat Wilayah Sabah, Saini Hammade. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.