KUALA LUMPUR: Seorang ketua balai polis di Selangor ditahan selpas didapati positif dadah, Selasa lalu.
Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman Zamri Yahya berkata ketua balai tersebut antara lapan pegawai dan anggota menghadiri satu pesta dadah di sebuah premis persendirian di Kuala Lumpur.
“Ketua balai tersebut didapati positif dadah syabu manakala tujuh anggota dari balai sama didapati negatif selepas menjalani ujian saringan air kencing,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
“Pemeriksaan dan ujian saringan dadah dijalankan terhadap mereka selepas menerima aduan dan maklumat berhubung pesta tersebut,” katanya. -FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.