`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, February 4, 2021

Lebih 30 babi hutan mati di Sabah bukan kerana penyakit

 

Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Jabatan Hidupan Liar sedang menyiasat punca kematian babi hutan di Kinabatangan, Sugut dan Paitan sama ada ia disebabkan keracunan. (Gambar JHL Sabah)

KOTA KINABALU: Siasatan awal Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) mendapati kematian lebih 30 ekor babi hutan di Kinabatangan, Sugut dan Paitan bukan disebabkan penyakit berjangkit.

Pengarah JPV Sabah, Dr Peter Lee berkata, punca sebenar kematian haiwan itu akan diberitahu selepas mendapat keputusan penuh semua ujian yang dijalankan.

“Setakat ini, ujian awal terhadap sampel yang diambil mendapati ianya negatif penyakit berjangkit.

“Pihak jabatan juga sedang menguji beberapa lagi sampel, termasuk bagi mengesan sama ada kematian haiwan terbabit akibat keracunan,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah menerima laporan secara berperingkat 29 babi hutan ditemui mati di Kinabatangan, manakala lima lagi di Sugut dan Paitan.

Susulan kejadian itu, JHL bersama JPV menubuhkan satu pasukan bagi menyiasat punca kematian haiwan terbabit.

“Pasukan ini mendapatkan sampel dari beberapa bangkai haiwan itu, termasuk tulang sumsum untuk ujian PCR bagi penyakit dan sampel makanan untuk ujian toksikologi.

“Bagaimanapun, keadaan hujan berterusan, selain kebanyakan lokasi kejadian adalah kawasan banjir, ia sedikit menyukarkan pihak kami untuk mendapatkan sampel babi hutam terbabit.”

Sementara itu, Lee berkata, kematian babi hutan itu tidak memberi kesan kepada babi domestik di kawasan sama.

Bagaimanapun, katanya, JPV tidak mahu mengambil sebarang risiko dan akan memperluasakan pemantauan babi hutan dari Kinabatangan hingga ke Beluran dan Paitan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.