- Semalam saya terkejut juga baca pasal skandal Prasarana rugi RM450 Juta di Mekah pula - kemungkinan besar dengan penglibatan pak arab sekali lagi.
- Sebelum ini kita rugi berbillion Ringgit - dalam kes 1MDB yang juga melibatkan pak arab (UAE, IPIC, Dala-bedala dan entah apa lagi).
- 10 tahun dulu sebuah lagi GLC kita rugi RM1.0 billion di Qatar, juga melibatkan pak arab.
- Waktu Dr Mahathir jadi PM kali pertama, kita rugi beratus juta Ringgit ditipu oleh seorang "inventor" (konon) pak arab juga.
Seolah GLC dan pemimpin kita mudah terpikat dengan pak arab, serupa seorang isteri perdana menteri dan juga seorang Ketua Menteri yang mudah terpikat dengan pelakon Bollywood.
Sewaktu saya berniaga di Jalan Masjid India dulu saya pernah jumpa wanita Melayu ditipu oleh lelaki Pakistan. Di tipu berniaga, ditipu pinjam duit, ditipu kahwin dan pelbagai jenis tipu.
Tetapi zaman sekarang angkara beratus juta dan berbilion Ringgit duit rakyat lesap di sedut vacuum cleaner lazimnya melibatkan golongan elit Melayu ia itu golongan kaya, golongan atasan, golongan politik yang pegang kuasa serta golongan kayangan tinggi yang memainkan watak prime mover atau facilitator yang jadi kaya dulu.
Kesemua mereka ini mengkhianati amanah yang mereka telah setuju untuk menjunjungnya ia itu menjaga harta rakyat. Untuk menjaga duit kita.
- Di Mekah itu kita rugi RM450 juta. Tentu sekali golongan elit GLC jadi kaya.
- Kes 1MDB kita rugi berpuluh billion Ringit. Puak politik jadi billionaire.
- 10 tahun sebelum ini di Qatar, GLC kita rugi RM1.0 billion. CEO itu dipecat.
- Felda pun kita rugi duit rakyat berbillion Ringgit juga. Chairman kaya.
- Tabung Haji pun kita rugi beratus juta Ringgit. Chairman kaya.
- Kes kapal OPV Tentera Laut kita rugi RM6 Billion. Puak politik jadi kaya.
Kalau dijumlahkan semua sekali kita telah rugi berpuluh billion Ringgit duit rakyat. Duit hasil cukai yang diperah oleh Kerajaan daripada titik peluh rakyat marhaen. Our money tuan-tuan.
Tentera Laut mengadu walaupun RM6 billion duit sudah dibayar untuk beli enam buah kapal OPV tetapi sebiji pun belum siap lagi.
Tuan-tuan Bajet 2021 yang disediakan oleh Kerajaan hanya RM323 billion. Daripada jumlah ini RM236.5 billion untuk operational expenditure (OpEx) dan hanya RM69 billion untuk pembangunan negara.
Daripada OpEx pula:
Emolumen (gaji penjawat awam) – RM84.5 billion
Pencen (penjawat awam) – RM27.7 billion
Sabsidi – RM18.7 billion
Lebih RM112b duit Bajet 2021 adalah untuk bayar gaji dan pencen penjawat awam.
Bilangan kakitangan awam sekitar 1.7 juta orang.
Kakitangan GLC pula seramai 1.3 Juta orang (kurang lebih).
Jumlah kakitangan kerajaan dan GLC adalah 3.0 juta.
Lebih 99% daripada mereka adalah orang Melayu.
Jelas sekali orang Melayu terlalu 'overdependent' kepada peruntukan duit Bajet Kerajaan.
Peruntukan duit Bajet 2021 untuk pembangunan adalah sikit saja - RM69 Billion. Untuk membangunkan seluruh negara dengan bilangan penduduk 32 juta orang. Duit untuk membuat jalan, sekolah hospital, universiti, beli peralatan tentera dan semua sekali.
Daripada jumlah duit yang memang tidak cukup ini golongan elit Melayu, golongan kaya, golongan atasan, golongan yang pegang kuasa dan golongan kayangan tinggi boleh lesapkan berpuluhan billion Ringgit lagi.
Itulah berita yang kita baca setiap hari - yang latest menjadi kes RM450 Juta lesap di Mekah, Arab Saudi.
Masalahnya ialah orang Melayu meletakkan terlalu banyak kepercayaan dan harapan tinggi kepada pemimpin kerajaan, pemimpin politik, geng pak lebai dan juga kagumi golongan elit Melayu, golongan kaya, golongan atasan, golongan yang pegang kuasa dan golongan kayangan tinggi tanpa menyedari bahawa puak-puak atasan ini sebenarnya hidup atas sedekah dan nafkah rakyat marhaen.
Kalau rakyat marhaen tidak mengundi mereka maka kaum politik dan geng lebai sekali akan terdampar di tepi jalan juga. Jika rakyat marhaen tidak membayar cukai golongan-golongan elit itu akan beratur menunggu duit zakat di luar Baitul Mal juga.
Sebab pendapatan mereka semua bergantung kepada peruntukan duit Bajet Kerajaan yang RM323 billion tadi (bagi 2021 contohnya). Mereka jadi kaya dengan makan duit hasil cukai yang diperah daripada rakyat marhaen.
Saya rasa ramai orang Melayu masih tidak sedar betapa kroniknya golongan-golongan elit ini bergantung kepada wang duit rakyat daripada peruntukan Bajet Kerajaan untuk mereka berfoya-foya dan berseronok-seronok.
- Bukan duit bapak dia yang dia buat joli itu.
- Bukan duit bapak dia yang dia bawak lari itu.
- Duit itu adalah duit kita.
Dan pemimpin Melayu, terutama sekali "pemain dan pelakon" politik Melayu serta golongan elit-elit Melayu yang hidup makan duit hasil cukai sudah lupa akan tanggungjawab mereka sebagai pemegang amanah duit rakyat.
Filem Lion King (1994)
Dalam wayang kartun Lion King (tahun 1994) yang saya percaya telah ditonton oleh ramai orang dalam negara kita, filem itu membawa mesej yang agak 'dalam' juga jika kita menelitinya.
Watak utama filem Lion King
Dalam cerita Lion King itu, Mufassa menjadi Raja Singa yang 'bernaung' atas tanah yang luas dengan segala jenis haiwan dan binatang, dengan sungai, kolam dan padang rumputnya. Mufassa adalah Raja yang adil dan berhikmah yang faham bagaimana menjaga 'balance' atau 'harmoni' antara semua jenis haiwan, sungai, kolam, pokok, bukit dan padang ragut di bawah jagaannya.
Tetapi dalam harmoni ini termasuk juga keperluan geng singa terpaksa makan haiwan lain untuk hidup. Apabila ditanya oleh Simba, anak Mufassa, bagaimana balance itu boleh adil apabila singa boleh makan haiwan lain Mufassa menjawab bila singa pula mati esok, bangkai singa akan reput dan diresap tanah untuk tumbuhan rumput dan baja akar pokok yang kemudiannya akan menjadi makanan untuk haiwan peragut dsbnya.
'Falsafah' yang simple ini (its a cartoon movie ok) juga menjadi maksud 'Circle of Life' yang sering diulangi oleh Rafiki seorang lagi karakter utama dalam filem Lion King yang memegang watak pemikir dan penasihat kepada Mufassa.
Rafiki focuses on the “[preservation] and…[restoration] of the circle of life”, representing Africa. Africa is depicted as “a place of perfect harmony and every species of life performs a function useful to the others,” creating the so called “circle of life”.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.