PETALING JAYA: Seorang pekerja di sebuah restoran berdekatan Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur, terkena tembakan ketika sedang membersihkan dapur.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Anuar Omar berkata, dalam kejadian 12.30 tengah hari semalam, lelaki berusia 69 tahun itu hanya menyedari terkena tembakan selepas mendapati bahagian bahunya luka.
“Semasa pengadu sedang membersihkan dapur restoran tersebut, pengadu berasa sakit pada bahagian ketiak dan mendapati kesan luka di bahagian tersebut.
“Beliau ternampak satu butir besi yang menyerupai anak peluru berhampiran kakinya. Pengadu telah pergi ke klinik swasta untuk mendapatkan rawatan,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 37 Akta Senjata Api 1960 dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan.
Punca kejadian masih disiasat. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.