`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, February 4, 2021

Shahidan akan siasat dakwaan kawasan Parlimen Zahid hanya dapat peruntukan RM100,000

 

Shahidan Kassim berjanji akan ke Unit Penyelarasan Jabatan Perdana Menteri untuk mendapatkan kemas kini berhubung dakwaan Ahmad Zahid Hamidi yang kawasan Parlimennya hanya mendapat peruntukan sama dengan Ahli Parlimen pembangkang lain. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Pengerusi Majlis Penyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PN), Shahidan Kassim akan mendapatkan maklumat berhubung dakwaan Ahli Parlimen Bagan Datuk, Ahmad Zahid Hamidi yang kawasan Parlimennya hanya mendapat peruntukan RM100,000 tahun ini.

Beliau berjanji akan ke Unit Penyelarasan Jabatan Perdana Menteri (ICU) untuk mendapatkan kemas kini berhubung perkara itu dan mengambil tindakan sewajarnya.

“Saya juga tidak tahu apa yang berlaku antara Zahid dan beberapa Ahli Parlimen Umno lain, jadi tidak wajar untuk saya ulas lebih lanjut berhubung isu ini.

“Tetapi, apa yang disebut itu, saya akan dapatkan maklumat dan tindakan sewajarnya,” katanya kepada FMT.

Ditanya sama ada kawasan Parlimennya di Arau turut mendapat peruntukan sama seperti Zahid, Shahidan berkata, beliau belum melihat jumlah peruntukan diperolehi kawasannya.

“Saya tidak tengok lagi, sebab ia diberikan ikut kawasan,” katanya.

Semalam, Zahid mendakwa kawasan Parlimennya hanya mendapat RM100,000 setahun untuk 2021, berbeza dengan Ahli Parlimen dalam kerajaan PN yang mendapat RM3.7 juta setahun.

Zahid mendakwa nasib Ahmad Maslan (Pontian), Najib Razak (Pekan), Nazri Aziz (Padang Rengas) dan Ahmad Jazlan Yaakub (Machang) juga sama dengannya.

“Alhamdulillah dapat RM100,000, cukuplah untuk bahagian Bagan Datuk, bahagian paling mundur di Perak,” kata Zahid dalam nada sinis. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.