`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, February 24, 2021

SPRM Siasat Bekas Menteri PH, Xavier Berhubung Dakwaan Rasuah

 

(Malaysia Now) – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan hari ini bahawa mereka sedang menyiasat bekas menteri zaman Pakatan Harapan (PH) Xavier Jayakumar dan Timbalan Pengerusi PKR Perak MA Thinagaran berhubung dakwaan rasuah.

“Terserah kepada mereka untuk bercakap apa sahaja tetapi saya mengesahkan ada siasatan terhadap kedua-duanya,” kata Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki seperti dilaporkan Utusan Malaysia.

Baru-baru ini SPRM mengesahkan menahan seorang timbalan pengerusi sebuah parti politik yang mempunyai kaitan dengan seorang bekas menteri kerana disyaki menerima rasuah daripada beberapa syarikat yang memperoleh projek di sebuah kementerian pada 2019.

SPRM turut merampas sejumlah wang tunai berjumlah RM1.2 juta yang dipercayai wang rasuah disimpan di rumah dan pejabat proksi kepada bekas menteri dan timbalan pengerusi yang ditahan itu serta sebuah kereta mewah.

Turut ditahan dalam operasi yang dijalankan di sekitar Ipoh itu ialah dua pengarah syarikat.

Sebelum ini MalaysiaNow melaporkan bank akaun milik individu dan syarikat dengan wang berjumlah RM77 juta turut dibekukan SPRM.

Difahamkan, kereta mewah yang dirampas digunakan Xavier sebagai kereta rasminya semasa menjadi menteri.

Sumber yang mengetahui mengenai siasatan itu memberitahu MalaysiaNow rasuah itu melibatkan penganugerahan projek pasir yang berada di bawah bidang kuasa Xavier.

Xavier yang juga naib presiden PKR dan Tinagaran merupakan antara yang dianugerahkan darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk daripada Istana Kelantan pada 2019.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.