PETALING JAYA: Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan menyalurkan sumbangan bernilai RM200,000 ringgit ke dalam dana bantuan kemanusiaan yang diusahakan oleh pendakwah, Ustaz Ebit Lew.
Menerusi hantaran berserta gambar yang dimuat naik dalam laman Facebook baginda HRH Crown Prince of Johor, Tunku Ismail berkenan menerima menghadap pendakwah berkenaan, hari ini.
“Saya menerima menghadap Ebit Lew pada hari ini. Sejak kebelakangan ini, beliau sering menolong rakyat terutamanya golongan asnaf dan daif yang memerlukan bantuan dengan sumbangan dan usaha-usaha kebajikan.
“Antara aktiviti-aktiviti sumbangan yang paling saya kagumi adalah usaha beliau dalam membantu rakyat dengan peralatan perubatan, bekalan makanan dan barang keperluan asas,” titahnya.
Sementara itu, Ebit Lew menerusi perkongsian di Facebooknya juga memaklumkan Tunku Ismail berkenan untuk menaja pasukan sukarelawannya mengerjakan umrah bersama Tuanku dalam Kembara Johor. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.